Malaysia Oversight

‘Demo era Mahathir, Anwar macam langit dengan bumi’

By MkiniBM in July 26, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Susulan berakhirnya himpunan Turun hari ini, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail tampil membandingkan pendekatan hari ini berbeza dengan era pentadbiran pertama Dr Mahathir Mohamad terhadap demonstrasi awam.

“Perbezaan antara dan Dr Mahathir macam langit dengan bumi.

“Apa yang berlaku hari ini, bukti Madani menghormati hak berhimpun setiap rakyat seperti jaminan perlembagaan.

“Saya mengucapkan tahniah polis jalankan tugas memudahcara himpunan dengan penuh profesional,” katanya kepada Malaysiakini.

3722c2c9aca749f46fff7cea25bf606a

Sepanjang pentadbiran Mahathir dari 1981 hingga 2003, dia sering dikritik kerana tidak bertoleransi terhadap perhimpunan awam.

Ketika berlangsungnya gerakan reformasi 1998 pihak berkuasa menggunakan pendekatan keras untuk menyuraikan peserta demonstrasi.

Hari ini, pembangkang berhimpun secara besar-besaran berhampiran Dataran Merdeka, menuntut peletakan jawatan Ibrahim atas dakwaan gagal mentadbir negara.

Himpunan itu turut disertai tokoh-tokoh politik seperti Pengerusi PN, Yassin dan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.

1d06c07dbf389cff590171ab01f25f5e

Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga setiausaha agung PH mengajak pembangkang untuk menilai semula hasil himpunan tersebut.

“Pembangkang masih ada masa dan peluang lakukan muhasabah apa hasil perhimpunan.

“Alhamdulillah Anwar kekal sebagai perdana menteri dan InsyaAllah terus kukuh mendapat sokongan ahli dewan dan rakyat.

“Kini masa fokus kepada tugas pembangkang seperti memberi idea membina, teguran konstruktif, bentang dasar alternatif kepada rakyat,” tambahnya.



Source link