Malaysia Oversight

Demo depan Motac tuntut Tiong undur isu hidang arak

By MkiniBM in October 10, 2025 – Reading time 2 minute
Demo depan Motac tuntut Tiong undur isu hidang arak


Timbalan Ketua Pemuda , Aubidullah Fahim mengetuai himpunan yang turut disertai delegasi NGO di hadapan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di hari ini bagi menuntut peletakan jawatan Menteri Tiong King Sing.

“Kami berasa terhina dan amat kecewa dengan penganjur kerana menghidangkan arak secara terbuka pada majlis Global Travel Meet 2025 Gala Dinner.

“Tindakan ini jelas satu provokasi dan penghinaan terhadap ,” kata Aubidullah (gambar bawah) seperti dipetik oleh Sinar Harian.

Dia mendakwa penganjuran majlis itu telah menjejaskan imej Malaysia sebagai sebuah negara di mata dunia.

7aca1ece58e55896348c0a4061e59884

“Menghidangkan arak dalam acara rasmi adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada,” tegasnya.

Desak SPRM siasat

Aubidullah turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan menyeluruh terhadap penganjuran, pembiayaan dan perbelanjaan sebenar majlis tersebut.

“Mesti ada siasatan dan pendedahan sepenuhnya supaya rakyat tahu siapa dalang di sebalik apa yang berlaku.

“Kami mahu menteri yang bertanggungjawab meletak jawatan, bukan pengarah jabatan atau ketua agensi,” katanya.

2e2ac7d48d27a5c667959cb5b553ea00

Semalam, Tiong King Sing memberitahu parlimen bahawa dia terlepas pandang untuk menjelaskan bahawa acara Global Travel Meet pada 1 Oktober lalu itu anjuran sektor swasta, bukan .

Katanya, perkara itu menyebabkan salah faham awam hingga ada yang menyangka Tourism Malaysia menganjurkan acara berkenaan, yang mendapat kecaman kerana menghidangkan minuman keras.

Berhubung penggunaan logo rasmi Tourism Malaysia pada latar pentas majlis itu, Tiong mengakui ia sepatutnya ditanggalkan.

“Saya buat kesilapan kerana logo di sana masih tunjuk (tertera) Tourism Malaysia, bawah (dalam dewan) semua pemain industri.

87a81dfc483feb79c643e8bb236121a0

“Acara makan malam itu bukan rasmi, ia adalah acara ‘private’. (Jadi) pekeliling tidak terpakai dan isu minimum beralkohol tak sepatutnya timbul.

“Namun saya dan Motac dengan penuh tanggungjawab mengesali sebarang kekeliruan atau salah faham yang menimbulkan segala kesulitan.

“Segala yang timbul amat dikesali,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Ibrahim telah memberi peringatan keras kepada Tiong berhubung insiden tersebut selepas beberapa ahli Parlimen pembangkang mendesak beliau meletakkan jawatan.



Source link