Malaysia Oversight

Deep state, Little Napoleon dalam kerajaan itu benar

By MkiniBM in October 2, 2025 – Reading time 2 minute
Deep state, Little Napoleon dalam kerajaan itu benar


Bekas menteri pendidikan, Malik, hari ini mendakwa keterangan dalam mahkamah berubung saman melibatkan kes guru ponteng tugasannya di Kota Kinabalu sebagai bukti wujudnya “pemerintah tersebunyi” (deep state) dalam kementerian terbabit.

Kata keterangan yang diberikan bekas pegawai khasnya, Shaza Scherazade Alauddin Onn, semalam telah membongkar cabaran yang dihadapi di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) semasa dia berkhidmat sebagai menteri.

Inti pati keterangan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu itu, menurut Maslzee, ialah bagaimana dia sudah mengarahkan agar pihak yang bersalah agar dikenakan tindakan tegas.

Katanya dia juga melantik pegawai khas untuk menguruskan kes tersebut.

“Namun pengurusan tertinggi KPM tidak menjalankan arahan saya melalui pegawai yang telah saya lantik!

“Keengganan melaksanakan arahan menteri bukanlah satu yang asing sewaktu saya menjadi menteri di KPM.

“Shaza, mantan pegawai saya, telah membongkarkan sebahagian daripadanya,” dakwa Maslzee lagi.

Kenyataan itu dibuat merujuk kepada laporan Malaysiakini semalam berkaitan saman dikemukakan seorang pelajar terhadap berhubung seorang guru yang didakwa ponteng daripada tugasnya di sebuah sekolah di Sabah.

Dalam keterangannya, Shaza Scherazade mendakwa KPM berulang kali menutup salah laku serius yang berlaku di bawah kendalian kementerian terbabit walaupun pelanggaran telah dibuktikan.

“Dalam kes penderaan seksual, walaupun terdapat garis panduan, peraturan dan undang-undang perlindungan kanak-kanak yang jelas mewajibkan guru melaporkan insiden kepada polis, tiada tindakan diambil oleh guru mahupun pengetua.

“Dalam kes pelajar kurang upaya mental yang didera secara fizikal, siasatan membuktikan dakwaan itu benar, namun tindakan yang diambil hanyalah memindahkan guru tersebut dan bukannya melaporkan kepada polis walaupun ia adalah kesalahan jenayah,” katanya di mahkamah.

“Apa yang dikatakan sebagai deep state dan Little Napoleon adalah benar,” kata .

Maszlee merupakan menteri pendidikan dari Mei 2018 hingga Jan 2020 apabila dia meletak jawatan atas permintaan perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad.



Source link