Malaysia Oversight

Datuk Bandar KL baru bakal diumum, Maimunah diberi tugas baru

By MkiniBM in November 12, 2025 – Reading time 2 minute
Datuk Bandar KL baru bakal diumum, Maimunah diberi tugas baru


Datuk Bandar Kuala Lumpur, Maimunah Sharif, bakal “ditugaskan semula” ke tugasan baru tidak lama lagi, menurut sumber yang rapat dengan dan pihak berkuasa pentadbiran bandar itu.

Masih belum jelas alasan di sebalik perubahan itu, kerana Maimunah, yang merupakan Datuk Bandar wanita pertama bagi Kuala Lumpur, dilantik ke jawatan itu lebih setahun yang lalu.

Ketika dihubungi, Maimunah enggan mengulas, manakala pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa masih belum memberi respons kepada pertanyaan Malaysiakini mengenai perkara itu.

Walau bagaimanapun, sumber yang rapat dengan pejabat Maimunah menepis persoalan sama ada dia meletak jawatan atau kontraknya telah dipendekkan oleh .

“…Saya boleh beri jaminan kepada anda bahawa ia tidak ada kena mengena dengan pemendekan (kontrak) atau menteri.

“Ia adalah penugasan semula, bermakna beliau akan berada di bahagian lain dalam ,” kata sumber itu, yang turut menafikan bahawa Maimunah meletak jawatan.

Individu itu mendakwa bahawa penugasan semula itu berlaku kerana Maimunah telah menyelesaikan tugasnya lebih awal, dan ia merupakan perkembangan positif untuk Datuk Bandar yang akan menamatkan penggalnya.

Malaysiakini dimaklumkan bahawa penugasan semula Maimunah sepatutnya akan diumumkan secara rasmi Jumaat ini.

Maimunah dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur pada 15 Ogos 2024, menggantikan Kamarulzaman Salleh, yang bersara wajib.

Kini berusia 64 tahun, profesional perancangan bandar itu sebelum ini pernah berkhidmat sebagai pengarah eksekutif UN-Habitat yang berpangkalan di Nairobi, Kenya selama enam tahun dan merupakan wanita Asia pertama yang memegang jawatan itu.

Sebelum itu, Maimunah berkhidmat sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai dan Yang Dipertua Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia.



Source link