Bermula tahun depan, pendidikan prasekolah akan bermula pada usia lima tahun, sementara tahun satu pula bermula pada usia enam tahun.
Namun Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menjelaskan perubahan masih belum diwajibkan kepada ibu bapa, bagi memberi ruang kepada pelbagai pihak bersedia kepada persekitaran baru pendidikan, khususnya warga pendidik.
Dia berkata demikian berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 di Putrajaya, hari ini.
[Berita penuh menyusul]






