Dapatkan Microsoft Surface Baharu Dari SNS Network Dengan Pelbagai Hadiah Dan Diskaun Menarik
Ikhwan Nazri
Pada bulan Julai yang lalu Microsoft Malaysia telah memulakan penjualan Microsoft Surface yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon X Plus. Komputer riba dan tablet Surface terbaharu dari Microsoft ini turut hadir dengan sistem operasi Windows 11 dan lengkap bersama aplikasi Copilot untuk fungsi AI terkini bagi memudahkan urusan seharian anda.

Jika anda masih belum mempunyai komputer riba Windows, inilah masanya untuk memiliki Microsoft Surface Baharu yang memiliki ciri-ciri yang bakal merubah gaya anda bekerja mahupun berhibur.
Dikuasakan Cip Terkini Snapdragon X Series
Seterusnya, tidak lengkap komputer berkuasa tanpa cip yang berkuasa. Anda boleh rasai kuasa dan prestasi yang ditawarkan oleh Snapdragon X Series pada kedua-dua peranti ini yang membolehkan ia beroperasi dengan pantas, dan kekal efisien. Komputer Microsoft Surface yang mempunyai cip ini mempunyai masa bertahan sehingga 22 jam untuk sekali pengecasan, membuktikan bagaimana penggunaan bateri yang efisien. Malah, cip ini juga kekal mempunyai 90% prestasi walaupun sedang beroperasi menggunakan bateri, dan ini lebih baik berbanding cip pemprosesan yang lain yang biasanya akan menghadkan kelajuan apabila tidak disambungkan kepada palam kuasa.
Seperkara lagi dengan cip Snapdragon X Series ini adalah ia dioptimasikan untuk Copilot+ PC dan juga Windows, justeru itu kebanyakan tujuan pemprosesan menjadi lebih lancar, disempurnakan oleh NPU (Neural Processing Unit) yang mampu memberikan lebih dari 40 TOPS (trillion of operations per second).
Dua Peranti Microsoft Surface Baharu Dicipta Untuk AI
Dengan dua pilihan peranti Microsoft Surface yang baharu, kedua-duanya direka bagi memperkayakan tugasan anda dengan AI. Jika anda lebih sukakan tablet, Microsoft Surface Pro 12-inci baharu ini ditawarkan dengan paparan skrin 12-inci PixelSense yang sesuai dipadankan dengan Surface Slim Pen, membolehkan anda menulis dan melukis terus pada Windows 11.

Malah anda juga dapat melakar, memilih objek menggunakan Surface Slim Pen ini. Bagi anda yang lebih sukakan komputer riba, Microsoft Surface Laptop 13-inci turut membawakan skrin sentuh 13-inci PixelSense jadi anda mempunyai sebuah komputer riba cukup berkuasa dengan kecekapan bateri membolehkan ia bertahan lama.

Dikuasakan Windows 11 Yang Lengkap Dengan AI Dan Disempurnakan Dengan Microsoft 365
Dengan spesifikasi yang hebat dan kecanggihan cip pemprosesan, sistem operasi yang terdapat pada dua peranti Microsoft Surface baharu ini ialah Windows 11 yang turut mempunyai fungsi Copilot bagi memastikan anda tidak ketinggalan pada dunia masa kini yang turut mengambil peluang kecerdasan AI dalam segenap urusan. Jadi hasil kerja anda bertambah pantas, tidak seperti dahulu menerusi perisian Paint with AI (Image Creator), menyunting gambar dan menghasilkan visual kini lebih mudah dan pantas.

Dengan perisian Windows Studio Effects yang turut membantu anda dalam telesidang, memberikan pencahayaan secara AI, serta fungsi pembatalan hingar membuatkan telesidang anda lebih berkualiti. Semua ini disempurnakan juga dengan sokongan multi-tugasan seperti komponen Widgets, susunatur paparan Snap Layouts memudahkan anda melihat pelbagai tugasan dalam satu masa. Bagi melengkapkan urusan anda, perisian Microsoft 365 turut tersedia pada harga istimewa iaitu
- Microsoft Office Home 2024 – RM399 [Harga asal RM609]
- Microsoft 365 Personal (12-Bulan Langganan)- RM229 [Harga asal RM440]
- Microsoft 365 Family (12-Bulan Langganan)- RM329 [Harga asal RM540]
Jelas sekali komputer baharu Microsoft Surface ini perlu dimiliki oleh semua, lebih-lebih lagi memandangkan sokongan untuk Windows 10 akan tamat pada 14 Oktober 2025. Dengan tamatnya Windows 10 ini, perisian dan aplikasi lama tidak akan lagi menerima kemaskini, sekaligus mendedahkan peranti kepada ancaman sekuriti. Fungsi-fungsi baharu pula tidak disokong oleh Windows 10 dan ini pastinya akan membuatkan gerak kerja anda perlahan.
Malah dengan perisian yang tidak dioptimasi, ia mungkin boleh membuatkan peranti kurang efisien jadi bagi anda yang masih menggunakan peranti lama, inilah masanya untuk bertukar kepada baharu, menerusi tawaran berikut:

(BARU) Microsoft Surface Pro 12-inch – dari RM3,999
- 12” | Snapdragon® X Plus | 16GB 256GB @ RM3,999
- 12” | Snapdragon® X Plus | 16GB 512GB @ RM4,399
- turut hadir dengan Microsoft Surface 12” Keyboard, Pengecas Microsoft Surface 45W USB-C, RM100 Baucar GrabFood, dan Jaminan ShieldCare 1-Year Extended Warranty
(BARU) Microsoft Surface Laptop 13-inch – bermula RM4,488
- 13” | Snapdragon® X Plus | 16GB 256GB @ RM4,488
- 13” | Snapdragon® X Plus | 16GB 512GB @ RM4,888
- turut hadir dengan Microsoft Surface Arc Mouse, RM100 baucar GrabFood, dan Jaminan ShieldCare 1-Year Extended Warranty
Microsoft Surface Pro 11th Edition – dari harga RM5,699 (Jimat sehingga RM2,200)
- 13” OLED | Snapdragon® X Elite | 16GB 512GB @ RM5,699 (SRP @ RM7,899)
- turut hadir dengan jaminan ShieldCare 1-Year Extended Warranty bernilai RM186 dan tawaran PWP adalah Microsoft Surface Pro 13” keyboard dari RM683 0% pelan ansuran sehingga 36 bulan
Microsoft Surface Laptop 7th Edition – dari harga RM3,699 (Jimat sehingga RM2,400)
- 13.8” | Snapdragon® X Plus | 16GB 256GB @ RM3,699 (SRP @ RM5,399)
- 13.8” | Snapdragon® X Plus | 16GB 512GB @ RM4,699 (SRP @ RM6,499)
- 13.8” | Snapdragon® X Elite | 16GB 512GB @ RM4,999 (SRP @ RM7,399)
- 15” | Snapdragon® X Elite | 16GB 256GB @ RM5,299 (SRP @ RM6,899)
- 15” | Snapdragon® X Elite | 16GB 512GB @ RM5,699 (SRP @ RM7,899)
- *turut hadir dengan jaminan ShieldCare 1-Year Extended Warranty bernilai RM186

Dan bagi anda yang inginkan pelan ansuran, terdapat 0% pelan ansuran menerusi kad kredit terpilih sehingga 36 bulan menerusi rangkaian pengedar SNS Network seperti GLOO dan iTworld. Sekiranya anda tidak mempunyai kad kredit, anda juga boleh menggunakan pelan pembayaran Bayar Nanti Pakai Lekas (BNPL) yang disediakan dari Grab PayLater, Atome, Shopee Pay Later dan juga RHB menggunakan kad debit mereka.
Jadi tunggu apa lagi? Inilah masanya untuk mendapatkan peranti Microsoft Surface yang baharu, lebih pantas dan cekap untuk segala urusan anda.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






