Malaysia Oversight

DAP W Persekutuan cadang k’jaan beri penjaja, peniaga KL RM500

By MkiniBM in October 30, 2025 – Reading time 3 minute
malaysiakini logo


DAP Wilayah Persekutuan hari ini mencadangkan agar mempertimbangkan bantuan sekali beri (one-off) untuk peniaga kecil di Kuala Lumpur yang terjejas pendapatan mereka ekoran Sidang Kemuncak Asean baru-baru ini.

Bendahari DAP Wilayah Persekutuan, Ben Fong Kok Seng, berkata ada peniaga dan penjaja yang terjejas apabila sesetengah jalan atau laluan ditutup sementara bagi melancarkan perjalanan sidang berkenaan.

Katanya, boleh memberikan bantuan sebanyak RM500 kepada mereka – khususnya yang berada di sekitar kawasan Bukit Bintang – yang mengadu perniagaan mereka terkesan dan merosot pada hari berkenaan.

“Berdasarkan pemerhatian dan maklum balas yang saya terima daripada mereka, perniagaan mereka merosot kira-kira 25 peratus dalam tempoh tersebut.

“Kedai kopi, kedai serbaneka dan gerai-gerai banyak bergantung kepada pelanggan yang datang sendiri danpelancong adalah antara yang paling teruk terjejas.

“Sebab itu saya menggesa untuk mempertimbangkan bantuan one-off sebanyak RM5,000 kepada kedai-kedai kecil yang mempunyai perolehan tahunan sebanyak RM500,000 atau kurang bagi membantu mereka pulih daripada kerugian ini,” katanya.

Menurut Fong lagi, walaupun jumlah yang dicadangkan itu mungkin tidak menampung sepenuhnya kerugian mereka, namun ia sekurang-kurangnya akan menjadi isyarat yang bermakna daripada kerajaan kepada penjaja serta peniaga kecil yang menjadi tulang belakang ekonomi Kuala Lumpur.

“Kami melawat beberapa kedai yang terjejas untuk lebih memahami cabaran mereka.

“Peniaga memberitahu kami bilangan pelanggan menurun mendadak kerana pelancong mengelak kawasan tersebut disebabkan oleh lencongan lalu lintas dan penutupan jalan. Ramai pekerja pejabat juga bekerja dari rumah dalam tempoh tersebut,” katanya.

fc5e2608d281363222e5526714448cc7
Ben Fong Kok Seng

Beberapa laluan utama ditutup untuk sementara bagi melancarkan pergerakan delegasi luar yang terlibat dalam Sidang Kemuncak Asean yang mula tiba di negara ini pada hujung minggu lalu.

Sidang berkenaan turut menyaksikan kehadiran ramai pemimpin utama dan kuasa besar dunia, termasuk Presiden AS Donald ; Perdana Menteri , Li Qiang; Presiden Brazil, Luiz Lula da Silva; selain para pemimpin tertinggi semua negara anggota Asean.

Sidang itu diadakan di tengah Kuala Lumpur dan berakhir pada Selasa lalu.

Kata Fong, apa yang berlaku beberapa hari lalu bukanlah cabaran pertama kali dihadapi peniaga kecil di Kuala Lumpur.

Pada Mei dan Jun lalu, katanya, jalan-jalan utama di dalam dan sekitar Kuala Lumpur juga ditutup atau dilencongkan selama enam hari semasa sidang melibatkan Asean.

Kata Fong walaupun acara antarabangsa sebegitu meningkatkan imej Malaysia dan memberikan manfaat ekonomi jangka panjang melalui pelancongan, pengangkutan dan hospitaliti, peniaga kecil tetap menanggung beban jangka pendek.

283a44d893914e5a6f238be7250d2d72

Oleh itu, katanya, golongan terbabit juga layak mendapat pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan.

Dia juga menegaskan, pampasan sekecil RM500 itu tidak akan membuat kerajaan menanggung beban sebesar limpahan ekonomi yang lebih meluas daripada Sidang Kemuncak Asean dan acara berkaitannya.

“Lembaga Hasil Dalam Negeri juga sepatutnya tidak menghadapi kesukaran untuk mengenal pasti penerima yang layak memandangkan mereka menyimpan rekod para penjaja.

“Had kelayakan RM500,000 yang dicadangkan untuk bantuan tunai ini juga selaras dengan pengecualian LHDN untuk perniagaan yang menggunakan e-invois wajib buat masa ini.

“Melanjutkan pembayaran one-off RM5,000 kepada mereka itu akan menunjukkan bahawa kerajaan menghargai daya tahan mereka dan mengiktiraf peranan golongan terbabit dalam memastikan bandar raya kita terus meriah walaupun menghadapi gangguan yang berada di luar kawalan mereka,” katanya.



Source link