Malaysia Oversight

DAP tuntut Anwar laksana reformasi dalam 6 bulan, atau…

By MkiniBM in December 9, 2025 – Reading time 2 minute
DAP tuntut Anwar laksana reformasi dalam 6 bulan, atau…


Jika Perdana Menteri Ibrahim gagal melaksanakan reformasi bermakna dalam tempoh enam bulan akan datang, DAP akan menilai semula peranannya dalam , kata setiausaha agung parti Anthony Loke.

Namun, dia menekankan bahawa ini tidak bermakna DAP – yang memegang bilangan kerusi terbanyak dalam Dewan Rakyat – akan menarik balik sokongan terhadap pentadbiran , sekali gus berisiko mencetuskan kekacauan politik.

Walaupun Loke tidak menyatakan secara khusus, penilaian semula itu mungkin termasuk DAP keluar dari kabinet dan menjadi penyokong sahaja.

“Saya jelaskan hari ini, dan saya harap semua media akan memetik ayat ini – DAP tidak akan membiarkan ini tumbang sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Ini kerana kita memegang 40 kerusi (parlimen). Jika (seseorang) menarik hanya dua kerusi, kerajaan tidak akan tumbang; tetapi jika kami menarik kesemua 40 kerusi, kerajaan akan runtuh,” katanya dalam wawancara dengan saluran YouTube bahasa Cina “The Keywords”.

‘Mesti ada perubahan’

Kenyataan ini menyusul selepas kekalahan teruk DAP dalam pilihan raya negeri Sabah pada 29 November, yang mereka tewas di kesemua lapan kerusi ditandingi.

Sebagai respons, kepimpinan pusat parti mengadakan mesyuarat tergempar, berjanji untuk mempercepat reformasi bagi mendapatkan semula keyakinan awam.

Pengkritik menuduh parti pembangkang yang lantang itu kini hilang suara setelah mendapat kuasa.

Loke berkata dalam tempoh enam bulan akan datang, kerajaan mesti menunjukkan perubahan yang ketara dan menawarkan harapan, sekali gus mengubah persepsi negatif awam.

“Saya tidak kata semua masalah boleh diselesaikan dalam enam bulan, tetapi kita mesti lihat beberapa perubahan – cukup untuk pengundi merasakan kerajaan ini masih ada harapan. Persepsi awam mesti diperbaiki.

“Jika persepsi tidak boleh diubah, maka selepas enam bulan kita mesti membuat keputusan muktamad, tetapi keputusan itu tidak bermakna kita  berhasrat untuk membiarkan kerajaan jatuh – sama sekali tidak,” tekannya.

“Selepas enam bulan, apa sahaja keputusan yang kita buat, kita sudah maklumkan kepada perdana menteri bahawa kita tidak akan menarik balik sokongan terhadapnya, sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Bagaimana kita bergerak ke hadapan, bagaimana kita bertanding, bagaimana kita membuat persediaan untuk pilihan raya umum akan datang – ini akan dibincangkan kemudian,” tambahnya.

[Berita penuh menyusul]



Source link