Malaysia Oversight

DAP pertaruh rekod khidmat imbangi kesuraman PH di K Kinabalu

By MkiniBM in November 28, 2025 – Reading time 4 minute
DAP pertaruh rekod khidmat imbangi kesuraman PH di K Kinabalu


PRN SABAH | Sejak memenangi kerusi DUN pertama mereka di Sabah pada 2008, DAP perlahan-lahan membina kekuatan di negeri itu, terutama di kawasan bandar yang mempunyai pengundi Cina yang ramai.

Parti itu mencapai kemuncaknya pada 2018 apabila berjaya menambah bilangan kawasan yang diwakili – daripada empat kepada enam – dan jumlah itu dipertahankan pada 2020.

Ia bagaimanapun dilihat pemerhati ada kaitan dengan kerjasanya yang dijalin DAP dengan Warisan pada ketika itu.

Gandingan itu kemudian diuji pada PRU ke-15 (2022) apabila hanya kerusi parlimen dipertandingkan di Sabah.

Dalam pilihan raya itu, DAP mempertahankan kerusi Kota Kinabalu dan Sandakan – namun peratusan undinya menurun dan dilihat dihakis oleh Warisan sendiri.

Walaupun DAP masih menang selesa di kedua-dua kerusi itu, cabaran sebenar pada Sabtu ini ialah membuktikan parti terbabit mampu mengekalkan prestasi mereka – mempertahankan enam kerusi DUN yang disandang, sambil cuba menawan dua lagi kerusi lain.

Tiga daripada enam kerusi DAP itu – Likas, Luyang dan Kapayan – terletak dalam kawasan besar Kota Kinabalu. DAP juga menyasarkan Tanjong Aru yang kini diwakili Naib Presiden Warisan, Junz Wong.

Penyandang kerusi DUN Kapayan, Jannie Lasimbang, mempertahankan kerusi itu untuk penggal ketiga, manakala Pengerusi DAP Sabah, Phoong Jin Zhe, berpindah dari Luyang ke Likas.

Terpalit dengan dakwaan rasuah

Di Luyang, bekas pembantu Phoong, Chang Loon Wei, diletakkan sebagai calon DAP mewakili PH, sementara Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin, dihantar untuk merampas Tanjong Aru.

Ketika Malaysiakini mengikut kempen DAP pada minggu terakhir sebelum hari mengundi, mesej parti itu cukup ringkas: wakil rakyat mereka memiliki rekod khidmat yang baik, dan mereka boleh melakukan yang lebih banyak jika dipilih semula.

DAP malah membawa keluar veteran Lim Kit Siang dari ‘persaraan’ dengan menghadirkan rasa nostalgia dan kerinduan penyokong parti itu kepada DAP versi dulu yang dijulang sebagai ideal.

Namun jelas kelihatan ada beberapa rintangan besar.

Dalam ucapannya, Jannie – yang berketurunan Kadazan – berulang kali cuba menjawab rungutan akar umbi yang mendakwa dia mengabaikan pengundi Cina.

4f6d837af9fed716f73fefac40565d1f

Pada masa sama, skandal rasuah Sabah yang membabitkan sekutu DAP dalam GRS, serta pendedahan terbaru yang mengaitkan rakan mereka dalam PH – iaitu – menghadirkan kekaburan dalam kempen.

Di sebuah jamuan makan malam untuk kira-kira 800 penyokong DAP pada Selasa lalu, Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming, cuba meyakinkan orang ramai bahawa parti itu dan Persekutuan pimpinan PH masih komited melawan rasuah.

Kenyataan itu menyusul selepas timbul dakwaan yang membawa kepada peletakan jawatan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Md Akin.

Nga mendakwa Shamsul Iskandar meletak jawatan kerana surat sokongan yang ditandatanganinya dan berundur dari jawatan pegawai kanan perdana menteri walaupun tidak mengambil rasuah.

Langkah itu, kata Nga, menunjukkan ketegasan Madani terhadap amalan berkenaan.

Masalah masih tak selesai

Pengkritik bagaimanapun mengingatkan bahawa sudah lebih setahun sejak Shamsul Iskandar menulis surat sokongan untuk kontraktor kepada kementerian, dan peletakan jawatannya dianggap lebih kepada usaha menepis dakwaan terbaru yang dia menerima wang daripada ahli perniagaan, Albert Tei.

Di sebuah kedai kopi di Kapayan, peguam Adam Chin memerhati dengan penuh minat ketika Jannie, Chang dan Phoong berkempen.

Bercakap kepada Malaysiakini selepas itu, Adam mengingatkan bahawa Sabah mempunyai sejarah panjang politik lompat parti dan pakatan yang berubah-ubah, dan kali ini ada banyak isu yang perlu diperhati pengundi.

“Ada yang kata kita patut tolak PH khususnya sebab terkait dengan pemimpin GRS yang didakwa terlibat dalam rasuah seperti yang didedahkan dalam beberapa video pembocor maklumat,” katanya.

b66b3516e2a49822cf5aad5ed6604ea4
Jannie Lasimbang

Adam berkata isu 40 peratus hasil Sabah yang dikutip Persekutuan, serta rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang memihak Sabah berhubung tunggakan bayaran lebih 40 tahun juga memburukkan sentimen masyarakat.

“Ramai orang di Sabah sekarang marah dengan keputusan terbaru berkaitan hak 40 peratus itu.

“Sebab itu ramai yang kata kita patut tolak parti-parti dari semenanjung,” katanya.

Bagi Adam, dia berpendapat faktor yang perlu diberi perhatian besar oleh pengundi ialah dari aspek calon yang diketengahkan – sama ada mereka ikhlas sepenuhnya serta mampu berkhidmat.

Di Pasar Sayur Donggongan di Kapayan, seorang peniaga – yang hanya mahu dikenali sebagai Tan – mengkritik DAP dan kerajaan negeri dengan lebih lantang lagi.

“Mereka (kerajaan negeri) kata mereka akan selesaikan masalah, tapi sebenarnya tidak. Macam masalah blackout – ia benda biasa di Sabah.

“Jadi apa yang mereka cakap dan apa yang mereka buat memang lain,” kata lelaki setengah umur itu.

Tak ada hujah lain

Bagi Tan, apa yang dihadapinya itu adalah sebahagian daripada corak janji yang tidak ditunaikan.

Pun kritikal kepada DAP sebegitu, Tan masih melihat sisi positif pada Jannie.

“Jannie sebenarnya tak teruk,” katanya.

Cuma, Tan akan mengundi di Likas, bukan di Kapayan yang menjadi medan pertarungan Jannie. Malah Tan enggan mendedahkan kecenderungan undinya pada Sabtu nanti.

“Belum tahu… saya belum tahu lagi. Saya cuma akan tahu di hujung-hujung (kempen) nanti,” katanya ketika ditanya sama ada dia akan mengundi DAP atau tidak.

82fdcf6f69c79f11df3bbdcfa2632f39
Lim Hong Song

Bagi pemerhati politik, Lim Hong Song, PRN kali ini mungkin menyaksikan DAP menerima tamparan pertama mereka di Sabah sejak 2013.

Bagi Lim, sokongan yang diperolehi DAP sebelum ini banyak digerakkan oleh cita-cita pengundi mahu melihat menjadi perdana menteri serta sikap antirasuah.

Namun sentimen itu dipercayai kian pudar dalam kalangan pengundi hari ini, terutama selepas kerjasama DAP dengan GRS ketika gabungan itu terpalit dengan skandal rasuah pelombongan Sabah.

“Dalam isu melawan pelampau pun, DAP tak begitu kuat di semenanjung,” kata pengasas NGO Unity in Diversity itu kepada Malaysiakini.

Justeru, bagi Lim, faktor penarik yang masih ada buat DAP di Sabah cuma satu – rekod khidmat wakil rakyat mereka yang baik.

“Sebab itu kalau tengok kempen mereka kali ini, fokus parti itu hanya satu – mereka boleh memberikan khidmat kepada rakyat.

“Mereka tekankan aspek khidmat – tolong bersihkan pokok tumbang, tolong urus penghantaran, cantikkan kawasan. Itu mesej DAP: mereka boleh berkhidmat.

“Dan terus terang, itu saja selling point yang mereka ada sekarang, sebab mereka tahu DAP tak boleh menang hujah dalam aspek lain dan tak boleh membezakan diri daripada pihak lain dalam isu-isu besar,” tambahnya.



Source link