Malaysia Oversight

‘DAP nak putus dengan Akmal, maksud putus dengan Umno’

By MkiniBM in August 16, 2025 – Reading time 2 minute
'DAP nak putus dengan Akmal, maksud putus dengan Umno'


Setiausaha Pemuda , Hafiz Ariffin mengingatkan rakan sejawatnya dalam DAP bahawa kerjasama politik bukan sesuatu yang boleh dipilih sesuka hati.

Dia berkata gesaan Pemuda DAP Pulau Pinang supaya memutuskan hubungan dengan sayap Pemuda akan memberi kesan terhadap kerjasama kedua-dua parti.

“Kerjasama politik ni, dia buffet set, you akan dapat semua. You tak boleh pilih-pilih mana you suka, mana you tak suka.

“Jadi kalau you kata putus hubungan dengan Akmal, Akmal adalah ketua pemuda Malaysia.

4160f5c190628fc4fa61b6b82643427d

“Secara tidak langsung, putus hubungan dengan Pemuda Malaysia dan semestinya sebagai sebuah parti yang besar, dia memberikan mesej putus hubungan dengan Umno,” katanya pada satu video dimuat naik di laman Facebook.

Hafiz turut menyindir Pemuda DAP Pulau Pinang, menggesa mereka berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.

Terdahulu, Pemuda DAP Pulau Pinang menuduh Akmal bertindak bercanggah dengan prinsip inklusif perpaduan selepas Merlimau itu mengetuai bantahan terhadap pemilik sebuah kedai perkakasan di Kepala Batas, Pulau Pinang, susulan video yang menunjukkan Jalur Gemilang digantung secara terbalik.

Ini susulan ancaman Akmal sebelum itu yang mahu hadir ke kedai berkenaan dan “mendidik” pemiliknya — Pang Chin Tian — jika pihak berkuasa tidak mendakwa beliau selewat-lewatnya Rabu.

3b163015cb77936b8a01da7d546e2072

Walaupun polis telah mengesahkan siasatan sedang dijalankan dan menggesa semua pihak bersabar, Akmal tetap memimpin sekumpulan anggota Pemuda Umno berdemonstrasi di hadapan kedai tersebut, dengan turut disertai Pemuda Bersatu.

Selepas kejadian itu tular di media sosial, Pang mendakwa dia sebenarnya sedang mengukur panjang tiang besi ketika menggantung bendera dan tidak menyedari Jalur Gemilang itu terbalik.

Katanya, dia segera memperbetulkan kesilapannya itu namun video yang dirakam tular itu tidak memaparkan keseluruhan kejadian.

Terdahulu hari ini, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengarahkan semua wakil Pemuda parti itu membuat laporan polis terhadap Akmal berhubung isu berkenaan.

fe8116c249f69a96dd5dd5e28d221e83

Dia berkata tindakan Akmal memilih untuk menggunakan “intimidasi dan buli” tidak membantu meredakan ketegangan berhubung kontroversi bendera negara yang digantung terbalik itu.



Source link