Malaysia Oversight

DAP bukan mahu perang UMNO, tetapi sedia gempur

By Utusan in January 24, 2026 – Reading time 2 minute
DAP bukan mahu perang UMNO, tetapi sedia gempur


KUALA LUMPUR: DAP cawangan Wangsa Permai Kepong yang memiliki ahli berbangsa Melayu paling ramai bersedia untuk menggempur pada pilihan raya umum akan datang.

Ketuanya, Muhammad Najmi Samsudin berkata, DAP bukan mahu perang dengan , bukan sahaja di , pihaknya juga bersedia untuk mengerahkan ahli-ahli untuk bergerak ke seluruh negara.

“Sebab kami bukan hendak perang dengan , cuma nak jelaskan kepada rakyat terutama pengundi muda tentang realiti sebenar.

“DAP bukan musuh UMNO dan DAP pernah berkorban untuk UMNO,” katanya dalam kenyataan di akaun Instagram DAP Wangsa Permai Kepong.

Bekas Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) itu berkata, buat masa ini, pihaknya hanya tunggu ‘lampu hijau’ daripada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke untuk memberikan arahan untuk memulakan gerak kerja ini di .

“Kami akan sentiasa istiqamah dalam perjuangan ini kerana mempertahankan prinsip bahawa Malaysia negara berbilang bangsa dan semua pihak harus bekerjasama untuk memupuk perpaduan dan keharmonian di negara ini.

“Secara jelas, rancangan Pemuda UMNO untuk menggunakan DAP sebagai ‘punching bag’ sangat tidak praktikal dan tidak baik kerana DAP pernah berkorban memberikan DUN Dusun Tua kepada UMNO demi atas semangat kerjasama dalam Madani,” katanya.

Muhammad Najmi berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Anthony Loke bahawa “DAP tak takut dilawan. You boleh lawan kita, kita juga boleh lawan anda.” semasa konvensyen DAP baru-baru ini.

Loke berkata demikian sebagai tindak balas kepada tindakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh yang meletakkan jawatan exco Melaka, tetapi mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO kerana mahu menentang DAP habis-habisan. – UTUSAN





Source link