Malaysia Oversight

DAP akur arahan polis tak gerakkan ahli, desak tindakan pada Akmal

By MkiniBM in August 14, 2025 – Reading time 2 minute
DAP akur arahan polis tak gerakkan ahli, desak tindakan pada Akmal


DAP Pulau Pinang memutuskan untuk tidak menggerakkan ahli dan penyokongnya ke himpunan protes berkait pengibaran Jalur Gemilang di Kepala Batas, hari ini, bagi menghormati arahan pihak berkuasa.

Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim pada masa sama menggesa polis untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh yang mengingkari arahan tersebut.

Menurutnya, Ketua Polis Pulau Pinang Azizee Ismail telah menasihati semua pihak agar tidak berhimpun di Kepala Batas pada petang tadi.

“Sebagai sebahagian daripada negeri, DAP Pulau Pinang menghormati sepenuhnya arahan tersebut dan tidak menggerakkan ahli dan penyokong untuk menghadiri perhimpunan berkenaan.

“Hanya wakil tempatan hadir bagi mengedarkan Jalur Gemilang sempena bulan sambutan Hari Kebangsaan, sebagai usaha memupuk semangat patriotisme dan memperkukuh perpaduan rakyat,” katanya dalam kenyataan media.

Bagaimanapun, Sim berkata protes oleh pihak Akmal jelas merupakan pengingkaran terhadap arahan polis dan pelanggaran undang-undang, selain provokasi yang menggugat ketenteraman awam. 

“DAP Pulau Pinang menggesa polis mengambil tindakan tegas terhadapnya untuk memberi isyarat bahawa tindakan provokasi seperti ini tidak dibenarkan di negara ini, terutamanya dalam bulan Kebangsaan yang sepatutnya menggalakkan perpaduan dan bukannya perpecahan.

“DAP Pulau Pinang akan membuat laporan polis terhadap insiden hari ini,” katanya yang juga anggota Parlimen Bukit Mertajam.

3b163015cb77936b8a01da7d546e2072

Pada petang tadi, kira-kira Akmal mengetuai sekumpulan ahli Pemuda berkumpul di hadapan sebuah kedai perkakasan yang menjadi tumpuan selepas pemiliknya mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik.

Ahli Pemuda Bersatu, termasuk ketuanya Hilman Idham,  turut menyertai protes itu.

Sementara itu NGO Lawyers for Liberty (LFL), termasuk pengarahnya Zaid Malek, juga hadir untuk mempertahankan kedai tersebut.

Sebelum ini, Zaid berkata tidak masuk akal apabila dan polis tidak menghentikan gangguan oleh Pemuda selepas Akmal mengugut untuk mengadakan protes jika tiada pertuduhan dikenakan terhadap pemilik kedai berkenaan selewat-lewatnya semalam.

“Sekiranya tidak akan campur tangan, saya akan mengambil tindakan yang perlu untuk meredakan keadaan dan melindungi pemilik kedai daripada buli dan ugutan haram,” kata Zaid.



Source link