Daniel Ek Meletakkan Jawatan Sebagai CEO Spotify
Effi Saharudin
Daniel Ek akan meletakkan jawatan beliau sebagai CEO Spotify pada 1 Januari 2026. Beliau tidak meninggalkan syarikat tetapi sebaliknya akan menjadi pengerusi Spotfiy pula selepas ini. Tugas CEO kemudiannya akan disandang oleh Gustav Söderström dan Alex Norström yang sebelum ini memegang jawapan presiden bersama dan ketua pegawai perniagaan Spotify.

Ini ialah perubahan besar pucuk pimpinan Spotify sejak ia ditubuhkan pada tahun 2006 bagi menyelesaikan masalah cetak rompak dalam industri muzik. Peletakan jawatan Ek tiba selepas wujud gerakan memboikot Spotify selepas beliau melakukan pelaburan dalam syarikat teknologi ketenteraan.
Spotify ialah platform penstriman muzik terbesar dunia dengan lebih 700 juta pengguna aktif bulanan. Walaupun masalah cetak rompak muzik berjaya diselesaikan oleh platform penstriman sejak sedekad lalu, ia mewujudkan pula masalah langganan yang semakin mahal serta bayaran kepada artis yang semakin berkurangan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






