Malaysia Oversight

‘Dalang’ di sebalik dakwaan SD gesa Muhyiddin undur telah dikenal pasti

By MkiniBM in September 10, 2025 – Reading time 2 minute
‘Dalang’ di sebalik dakwaan SD gesa Muhyiddin undur telah dikenal pasti


Siasatan dalaman Bersatu yang sedang berjalan telah mengenal pasti seorang pemimpin kanan parti itu sebagai “dalang” di sebalik dakwaan rancangan mengumpul akuan bersumpah (SD) yang dikaitkan dengan cubaan mengetepikan presiden parti, Yassin.

Seorang pemimpin Bersatu yang enggan dinamakan mendedahkan “saksi” dalam kalangan ketua bahagian parti yang mendakwa telah dihubungi berhubung SD tersebut telah menamakan “dalang” berkenaan.

“Ya, sudah dikenal pasti. Ada saksi. Ada yang mengaku dihubungi dan ada rakaman juga.

“Saksi-saksi adalah kalangan yang dihubungi untuk tanda tangan dokumen yang dikatakan sebagai SD,” katanya ketika diminta mengesahkan laporan Sinar Harian hari ini yang memetik Ketua Pemuda Bersatu Hilman Idham.

Hilman dilaporkan berkata majlis pimpinan tertinggi – sebagai sebahagian daripada siasatan susulan berakhirnya Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu minggu lalu – telah mengenal pasti “dalang” di sebalik dakwaan SD tersebut, yang mencetuskan kekecohan ketika ucapan dasar pada Sabtu lalu.

Sementara itu, sumber tersebut turut mendedahkan pihak lain yang dikenal pasti termasuk pemimpin bahagian yang didakwa terlibat mengumpul tanda tangan di pelbagai negeri, serta individu yang terlibat dalam kekecohan Sabtu lalu.

Katanya lagi, “dalang” berkenaan juga individu yang dikatakan meminta untuk bertemu dengan untuk menyerahkan SD tersebut.

Malaysiakini telah menghubungi pemimpin yang didakwa memiliki SD itu dan tidak mendedahkan namanya sementara menunggu maklum balas daripadanya.

Kenyataan bercanggah

Terdahulu, Berita Harian melaporkan wujud kenyataan bercanggah daripada beberapa ketua bahagian Bersatu berhubung kandungan SD berkenaan.

Menurutnya, Ketua Bahagian Bersatu Ipoh Timur Fadhli Ismail menegaskan tiada perkataan atau ayat dalam SD tersebut yang mengandungi sebarang bentuk desakan atau cadangan agar Muhyiddin berundur sebagai presiden.

Fadhli dilaporkan berkata, dokumen yang diedarkannya kepada ketua-ketua bahagian di Perak hanyalah “surat” yang mencadangkan pelan peralihan kuasa, dengan tujuan menggesa Muhyiddin mempertimbang untuk memperkukuh kedudukan timbalan presiden, Hamzah Zainudin menjelang PRU16.

Laporan itu turut memetik Ketua Bahagian Bersatu Ampang Isa Saidi yang menafikan kenyataan Fadhli dan mendakwa dia telah menandatangani SD yang menggesa Muhyiddin segera berundur daripada jawatan presiden.

dalam ucapan masing-masing hujung minggu lalu, Muhyiddin dan Hamzah membangkitkan dakwaan cubaan menjatuhkan Muhyiddin.

Kontroversi itu tercetus selepas wujud surat layang yang mendakwa terdapat usaha menaikkan kuasa eksekutif Hamzah dan pada masa sama melemahkan kedudukan Muhyiddin, yang juga pengerusi PN.

Di akhir Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu, lebih 2,000 perwakilan daripada 202 bahagian seluruh negara sebulat suara menyokong tiga ketetapan utama – menerima pakai ucapan dasar presiden, menyokong kepimpinan Muhyiddin dalam Bersatu, dan secara rasmi menamakannya sebagai calon Perdana Menteri.



Source link