Malaysia Oversight

Dakwaan tiru reka bentuk ekspo: Miti bincang dengan syarikat

By MkiniBM in August 1, 2025 – Reading time 2 minute


Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengadakan sedang mengadakan “perbincangan secara aktif” dengan sebuah syarikat swasta yang mendakwa kementerian itu menggunakan hasil kerjanya dalam mereka bentuk Pavilion Malaysia di Ekspo 2025 di Jepun.

Bulan lalu, syarikat pemasaran tersebut mengemukakan surat tuntutan kepada kementerian berkenaan bagi menuntut pampasan dan pengiktirafan atas penggunaan reka bentuk berkenaan.

“Bagi memastikan perkara ini dapat diselesaikan secara baik antara kedua-dua pihak, Kementerian sedang mengadakan perbincangan aktif dengan pihak syarikat.

“Ini adalah penting bagi memastikan penyertaan Malaysia dalam Ekspo 2025 Osaka, Jepun tidak terjejas, dan momentum bagi pencapaian setakat ini dapat dikekalkan serta segala matlamat penyertaan Malaysia dalam Ekspo tersebut tercapai.

“Pelantikan dan penglibatan semua pihak berkepentingan termasuk perunding, kontraktor dan penyedia perkhidmatan bagi pembangunan Pavilion Malaysia di Ekspo 2025 Osaka, Jepun telah melalui proses penilaian dan pemilihan yang ditetapkan, selaras dengan prosedur perolehan yang berkuatkuasa,” kata menteri Miti, Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng.

cdadf4b622f1623945cc6005f9217663

Terdahulu, Lim meminta Zafrul menyatakan status siasatan terhadap dakwaan syarikat berkenaan.

Selain itu, Limjuga meminta menteri berkenaan menyatakan langkah-langkah yang akan diambil oleh bagi memastikan insiden seumpama itu tidak berulang dalam mana-mana agensi .

“Mengambil iktibar daripada isu yang timbul ini, MITI akan terus memperkemaskan garis panduan dalaman berdasarkan keperluan, khasnya dalam mempertingkatkan kawalan ke atas semua aspek pemilihan rakan pelaksana terutamanya bagi projek berimpak tinggi yang melibatkan imej negara di peringkat antarabangsa.

“Miti akan terus kekal komited untuk memastikan pelaksanaan program dan projek yang melibatkan kepentingan negara dijalankan secara telus, berakauntabiliti, dan berintegriti,” tambah Zafrul.

Syarikat terbabit, Current Media Group (CMG) sebelum ini mengarahkan peguam mereka untuk mengeluarkan surat tuntutan pada 17 Julai lalu.

Dalam kenyataannya, CMG memaklumkan mereka membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang selepas usaha untuk berbincang gagal dan masa mencukupi telah diberikan kepada kementerian berkenaan.



Source link