Malaysia Oversight

Dakwaan rasuah: Azam, SPRM dah tak wajar terlibat dalam siasatan

By MkiniBM in November 26, 2025 – Reading time 1 minute
Dakwaan rasuah: Azam, SPRM dah tak wajar terlibat dalam siasatan


berpendapat ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak lagi wajar terlibat dalam siasatan berhubung kes yang didedahkan ahli perniagaan, Albert Tei.

Ketua Penerangan Pusat, Ahmad Fadhli Shaari, berkata hal itu kerana nama pemimpin tertinggi agensi antirasuah tersebut, Azam Baki, disebut dalam klip video terbaru yang dimuat naik hari ini.

Walaupun tidak ada kepastian mengenai dakwaan yang terkandung dalam klip berkenaan, Ahmad Fadhli berkata, Azam serta SPRM dirasakan tidak lagi wajar menjalankan siasatan.

“Seperti yang saya jangkakan semalam, video ini (perbualan Tei dengan seorang wanita) rupa-rupanya ada sambungan. Melintas pula di Facebook saya.

“Kali ini nama Tan Sri Azam Baki disebut. Benar atau tidak kandungan video ini saya pun tiada maklumat.

“Tetapi saya berpandangan sewajarnya Tan Sri Azam dan SPRM tidak lagi terlibat sebagai penyiasat dalam kes ini,” katanya dalam hantaran di media sosial.

[Laporan lanjut menyusul]



Source link