Malaysia Oversight

D M: Apa salah orang mati?

By MkiniBM in July 28, 2025 – Reading time 1 minute
D M: Apa salah orang mati?


Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad mempersoal cubaan merampas harta milik allahyarham Daim Zainuddin yang telah pun meninggal dunia.

Jelasnya, semua tahu bahawa Daim  telah kaya sebelum menyertai politik dan dia berniaga di luar negara bagi mengelak daripada tuduhan mendapatkan “keistimewaan”.

“Kalau hanya diragukan oleh perdana menteri merampas harta tidak boleh dilaku. Itu salah dari segi undang-undang. Rampasan itu sama dengan mencuri,” kata Mahathir.

Menulis di Facebook, Mahathir membangkitkan masa rampasan cuba dibuat ketika Daim sudah tiada dan tidak dapat mempertahankan diri.

Pada 25 Jun lalu, SPRM membuat beberapa permohonan mahkamah bagi melucut hak beberapa harta milik Daim dan isteri serta proksi mereka termasuk Menara Ilham.

Tanpa menyebutkan nama. juga sebelum ini berikar untuk mendapatkan semula wang rakyat yang telah diambil oleh pemimpin korup sebelum ini.

Sementara itu, Mahathir mendakwa, kroni mendapat kontrak berbilion ringgit

“Kalau ini bukan rasuah apakah makna rasuah,” soalnya.



Source link