Malaysia Oversight

Cuepacs nasihat penjawat awam tolak hadiri majlis ada arak

By MkiniBM in October 6, 2025 – Reading time 2 minute
Cuepacs nasihat penjawat awam tolak hadiri majlis ada arak


Kongres Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Awam dan Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengambil pendirian tegas bahawa penjawat awam tidak dibenarkan sama sekali terlibat dalam sebarang aktiviti atau majlis yang melibatkan minuman keras.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing, serta Tourism Malaysia menerima kecaman ramai berhubung majlis makan malam yang menghidangkan minuman keras baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, Presiden Cuepacs, Adnan Mat, berkata sebagai penjawat awam yang berkhidmat kepada rakyat dan , setiap pegawai perlu menjaga integriti, imej, dan maruah perkhidmatan awam.

9ee4be6f4f535b67a2e5667afa73f26d

Susulan itu katanya, penyertaan dalam aktiviti yang boleh mencemarkan reputasi jabatan atau menimbulkan persepsi negatif terhadap adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.

“Cuepacs menasihatkan supaya mana-mana penjawat awam yang menerima jemputan menghadiri majlis makan malam, jamuan rasmi atau tidak rasmi yang disyaki melibatkan hidangan minuman beralkohol segera mendapatkan pengesahan daripada pihak penganjur.

“Jika terdapat keraguan atau maklumat bahawa majlis tersebut melibatkan minuman arak, penjawat awam hendaklah menolak jemputan tersebut serta melaporkan segera kepada pihak berkuasa atau ketua jabatan masing-masing untuk tindakan lanjut,” katanya.

87a81dfc483feb79c643e8bb236121a0

Dalam masa yang sama, katanya Cuepacs menggesa pihak swasta dan industri supaya menghormati budaya serta sensitiviti agama khususnya dalam majlis rasmi yang turut dihadiri oleh penjawat awam.

“Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mengamalkan nilai kesopanan, kesusilaan dan menghormati kepercayaan agama. Oleh itu, setiap penganjur perlu peka terhadap budaya rasmi , terutamanya apabila majlis melibatkan kakitangan awam yang sebahagian besar beragama dan terikat dengan peraturan serta etika perkhidmatan,” katanya.

Terdahulu, Tiong menerima kecaman keras daripada pemimpin pembangkang dan kerajaan apabila majlis makan malam gala sempena Global Travel Meet oleh Tourism Malaysia baru-baru ini menghidangkan minuman keras kepada tetamu.

Gambar-gambar daripada majlis itu menunjukkan Tiong dan tetamu lain memegang gelas wain dan bir, yang mencetuskan kemarahan serta gesaan agar menteri itu meletakkan jawatan kerana tidak menghormati sensitiviti masyarakat di negara ini.

Bagaimanapun Tiong menafikan majlis itu dibiayai oleh kementeriannya.

Menurutnya majlis makan malam itu diambil alih dan dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta, berikutan kejayaan Global Travel Meet yang menjana kira-kira RM420 juta melalui kerjasama antara ejen pelancongan asing dan rakan sejawatan mereka di Malaysia.



Source link