Malaysia Oversight

Cristiano Ronaldo muncul pemain bola sepak pertama bergelar bilionair

By MkiniBM in October 9, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Cristiano Ronaldo muncul sebagai pemain bola sepak pertama bergelar bilionair, menurut Bloomberg, lapor PA Media/dpa.

Nilai bersih pemain berusia 40 tahun itu dianggarkan bernilai US$1.39 bilion oleh Bloomberg Billionaires Index, yang menjejaki individu terkaya di dunia.

Penilaian terhadap kekayaannya mengambil kira pendapatan sepanjang karier, pelaburan serta penajaan.

Perpindahannya ke kelab Liga Pro Saudi, Al-Nassr pada 2022 menyaksikan beliau menandatangani kontrak dengan gaji tahunan dianggarkan sebanyak US$237 juta dan sejak itu menandatangani perjanjian baharu yang akan mengekalkannya bersama kelab itu sehingga 2027.

Beliau juga mempunyai perjanjian penajaan bernilai US$17.9 juta setahun dengan Nike.

– Bernama-PA Media/dpa



Source link