COROS telah melancarkan Apex 4 di Malaysia sebagai jam tangan pintar tahan lasak baharu yang direka khas untuk aktiviti luar dan sukan ekstrem. Ia hadir dalam dua saiz iaitu 46mm dan 42mm yang sesuai untuk pelbagai jenis pergelangan tangan. Jam ini juga menggunakan gabungan bahan titanium gred 5 yang ringan, kaca nilam, dan paparan Memory-In-Pixel yang jelas dalam pelbagai keadaan.

APEX 4 dilengkapi dengan sistem navigasi GPS vertikal yang dipertingkatkan, penjejakan dwi-frekuensi dan barometer dwi-julat bagi memastikan ketepatan tinggi di kawasan hutan dan pergunungan. Ia turut menyokong peta global dan landskap dengan navigasi belokan serta paparan nama jalan lebih tepat.

Selain itu, jam ini menyokong pelbagai mod sukan seperti larian denai, pendakian dan ski, serta fungsi pemulihan dan kesediaan tubuh melalui pemantauan HRV, SpO2, tidur dan latihan bebanan. Ia juga menawarkan lebih 30 mod aktiviti lain termasuk mendaki, berbasikal, berenang dan sebagainya. Bateri bertahan sehingga 65 jam untuk model 46mm dan 41 jam untuk 42mm.

COROS APEX 4 akan mula dijual di Malaysia pada 24 Oktober 2025 dengan masing-masing berharga RM2,099 (42mm) dan RM2,299 (46mm). Ia ditawarkan dalam warna hitam dan putih dengan tali silikon yang selesa untuk kegunaan harian. Pembelian boleh dibuat melalui pengedar sah COROS Malaysia, kedai rasmi COROS di Shopee, Lazada, TikTok, dan laman web rasmi PANGU Running.






