Malaysia Oversight

Copilot Kini Diberikan Wajah Untuk Menjadikan Perbualan Chatbot Lebih Semula Jadi

By Amanz in October 1, 2025 – Reading time 1 minute
Copilot Kini Diberikan Wajah Untuk Menjadikan Perbualan Chatbot Lebih Semula Jadi


Copilot Kini Diberikan Wajah Untuk Menjadikan Perbualan Chatbot Lebih Semula Jadi

October 1, 2025
Lain-lain

Effi Saharudin

Microsoft melancarkan ciri Portrait dalam Copilot hari ini sebagai usaha menjadikan perbualan dengan chabot teras lebih semula jadi dan seakan dengan manusia sebenar. Sebanyak 40 avatar boleh dipilih sebagai wajah Copilot oleh pengguna. Ini adalah kesinambungan kepada ciri Copilot Appearances yang diumumkan tiga bulan lalu yang menggunakan avatar watak kartun.

Copilot Portrait A

Ciri hanya boleh diakses pengguna berusia 18 tahun ke atas di  US, UK, dan Kanada. Terdapat had penggunaan untuk setiap sesi dan harian supaya pengguna menyedari mereka berinteraksi dengan avatar Chatbot dan bukannya manusia sebenar.

Penggunaan avatar sebagai wajah Chatbot telahpun ditawarkan oleh Character.AI dan Grok. Implementasi yang dilakukan dua platfrom ini dikecam kerana watak yang diberikan dibenarkan melakukan perbualan berunsur seksual.

Sudah wujud beberapa kes pengguna manusia jatuh hati dengan chabot AI sehingga ingin melangsungkan perkahwinan dengannya. Sementara itu OpenAI pula berhadapan kes saman kerana chatbot didapati menggalakkan pengguna remaja membunuh diri kerana tiada sistem keselamatan untuk menghalang ia daripada berlaku.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link