Malaysia Oversight

CMF Watch 3 Pro Dilancarkan Dengan Bateri 13 Hari

By Amanz in July 22, 2025 – Reading time 1 minute
CMF Watch 3 Pro Dilancarkan Dengan Bateri 13 Hari


Jam
/
Lain-lain
/
Nothing

CMF Watch 3 Pro Dilancarkan Dengan Bateri 13 Hari

July 22, 2025

Effi Saharudin

CMF Watch 3 Pro dilancarkan hari ini dengan ia membawakan beberapa penambahbaikan berbanding CMF Watch 2 Pro yang dilancarkan tahun. Pertama sekali skrin tahun ini 1.43″ AMOLED dengan kadar segar semula 60Hz. Ia sedikit lebih besar berbanding 1.32″ pada mode sebelum ini.

CMF Watch Pro 3 B

Tubuh jam diperbuat daripada logam dengan tali pula daripada bahan silikon. Bezel jam boleh ditukar ganti bagi memberikan rekaan yang berbeza mengikut busana yang dipakai. Sensor nadi, oksigen dalam darah, GPS, dan stress disertakan. Kemampuan menjejak lebih 133 aktiviti sukan juga juga disertakan bersama dengan penjejakan tidur. Ia kini melepasi piawaian kalis air serta debu IP68.

CMF Watch Pro 3 A

Tahun ini Watch 3 Pro mempunyai integrasi ChatGPT membolehkan pertanyaan dijawab dan sekiranya rakaman suara dilakukan menerusi jam, transkrip akan dihasilkan secara automatik. Terdapat juga jurulatih peribadi maya. Panggilan telefon dan mendengar muzik boleh dilakukan menerusi tambatan bluetooth.

Bateri 350 mAh memberikan hayat penggunaan sehingga 13 hari dalam mod biasa, 10 jam dalam mod berat, 4.5 hari dengan AOD dan 17.2 jam dalam mod GPS aktif sepanjang masa. CMF Watch 3 Pro dijual pada harga $99 (~RM 419) seutas tetapi waktu ini harga Malaysia belum diumumkan.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link