Malaysia Oversight

CMF Headphone Pro Dilancarkan Dengan ANC dan Bateri 100 Jam- Harga RM429

By Amanz in September 30, 2025 – Reading time 1 minute
CMF Headphone Pro Dilancarkan Dengan ANC dan Bateri 100 Jam-  Harga RM429


CMF Headphone Pro Dilancarkan Dengan ANC dan Bateri 100 Jam- Harga RM429

September 30, 2025
Audio
Nothing

Effi Saharudin

CMF Headphone Pro dilancarkan lewat malam semalam dengan ia sepasang fon kepala dengan ANC serta hayat bateri panjang yang dipasarkan pada harga lebih murah berbanding fon telinga mercu pesaing. Fon kepala dilengkapi pemandu audio 40mm dengan span telinga yang direka untuk mudah ditukar ganti.

CMF Headphone Pro B

Sistem ANC dinamik disertakan bagi meredam hingar persekitaran dan ia menyokong coded SBC, AAC dan LDAC untuk kualiti audio lebih baik. Pada waktu yang sama tambatan adalah menerusi bluetooth 5.4 dan juga kabel audio 3.5mm. Tambatan pantas boleh dilakukan dengan Google Fast Pair dan Microsoft Swift Pair.

CMF Headphone Pro D

Yang menjadikan Headphone Pro menarik ialah terdapat butang laras audio dalam bentuk roda, butang fizikal untuk mengubah kekuatan bass/treble, butang mengawal ANC dan satu butang yang boleh diperibadikan untuk melancarkan ChatGPT atau Nothing Space.

CMF Headphone Pro C

Bateri 720 mAh yang diberikan pula menawarkan waktu penggunaan sehingga 100 jam tanpa ANC dan 50 jam dengan ANC. Pengecasan semula bateri mengambil masa 2 jam menerusi port USB-C dan pengecasan 5 minit boleh menawarkan penggunaan sehingga 8 jam. Akhir sekali fon kepala melepasi piawaian IPX2.

Di Malaysia CMF Headphone Pro dijual pada harga RM429 dalam warna hitam, hijau dan putih sementara span telinga gantian pula RM89 sepasang dalam warna hijau serta oren. Bila ia akan mula dijual di Malaysia belum lagi diumumkan oleh CMF.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link