CMF Bakal Hadir Dengan Fon Kepala Tersendiri
Amy Maizuraa
CMF telah mengesahkan kehadiran fon kepala tersendiri mereka yang dinamakan sebagai CMF Headphone Pro. Ia merupakan produk audio sulung dari CMF dan dijadualkan untuk dilancarkan secara rasmi pada 29 September 2025.

CMF menggunakan tagline ‘Remix Everything’ untuk mempromosikan fon kepala ini. Ia hadir dalam warna ceria seperti hijau mint dan jingga di mana selari dengan identiti jenama itu. Video yang disiarkan turut menunjukkan ciri-ciri penting seperti roda khusus untuk kelantangan, butang kuasa dan lampu penunjuk LED.


Reka bentuk CMF Headphone Pro hadir dengan pad telinga lembut bersama penanda ‘L’ dan ‘R’ pada bahagian dalam bagi memudahkan pemakaian. Ia juga mungkin dilengkapi suis khas untuk pembatalan hingar aktif. Nama Pro juga menunjukkan fon kepala ini disasarkan sebagai produk audio premium daripada CMF.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.