Ciri Moments Netflix Kini Lebih Mudah Digunakan
Amy Maizuraa
Netflix mengemaskini ciri Moments dalam aplikasinya dengan membolehkan pengguna menetapkan titik mula dan akhir apabila menyimpan adegan daripada rancangan atau filem.

Sebelum ini, pengguna hanya boleh memilih titik permulaan sahaja. Dengan penambahbaikan ini, pengguna boleh menyesuaikan panjang klip mengikut keperluan. Untuk menggunakan ciri tersebut, pengguna perlu menonton kandungan, mengetik skrin dan memilih butang ‘Clip’.
Klip tersebut akan disimpan dalam tab My Netflix, dan boleh ditonton semula atau dikongsikan. Pautan yang dikongsi turut membolehkan orang lain terus menonton adegan berkenaan dalam aplikasi Netflix.
Difahamkan bahawa Netflix melancarkan kemaskini ini bersempena dengan tayangan bahagian kedua siri Wednesday yang kembali menghantui orang ramai dengan musim kedua.
Langkah ini dijangka menarik perhatian ramai serta menggalakkan mereka berkongsi adegan menarik sebaiknya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.