Malaysia Oversight

Ciri “Grok Is This True” Kini Hanya Boleh Digunakan Pelanggan X Premium dan Premium+

By Amanz in March 16, 2026 – Reading time 1 minute
Ciri “Grok Is This True” Kini Hanya Boleh Digunakan Pelanggan X Premium dan Premium+


Ciri “Grok Is This True” Kini Hanya Boleh Digunakan Pelanggan X Premium dan Premium+

March 16, 2026
Aplikasi
Kecerdasan Buatan
Lain-lain

Effi Saharudin

Media sosial dipenuhi jutaan kandungan dan maklumat yang tidak semuanya betuk. Bagi membasmi berita palsu, ciri Ask Grok diperkenalkan di X dengan dengan fakta bolah disemak pantas menggunakan arahan “Grok is this true?”. Tetapi sejak hujung minggu lalu ciri ini tidak lagi boleh digunakan semua sebaliknya hanya untuk pelanggan X Premium dan X Premium+.

xAI Grok Is This True

Tiada sebab diberikan oleh Grok mengapa ciri popular ini dikunci di sebalik langganan bulanan. Besar kemungkinan seperti Grok Chat, ia diberikan secara percuma di peringkat awal bagi menarik minat pengguna percuma melakukan langganan kerana merasakan ia ciri yang berguna.

Bulan lalu xAI dilaporkan membelanjakan $1 bilion sebulan untuk menanggung operasi perkhidmatan Grok, Grokipedia dan pelbagai ciri janaan video serta gambar. Pelbagai insiden negatif melibatkan Grok tidak membantu imej chatbot xAI ini. Hanya 3 daripada 13 pengasas xAI masih lagi bersama syarikat kerana pelbagai isu yang timbul.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link