Malaysia Oversight

Ciri Call Reason Pada Android Memberikan Notifikasi Untuk Panggilan Telefon Yang Penting

By Amanz in December 3, 2025 – Reading time 1 minute
Ciri Call Reason Pada Android Memberikan Notifikasi Untuk Panggilan Telefon Yang Penting


Ciri Call Reason Pada Android Memberikan Notifikasi Untuk Panggilan Telefon Yang Penting

December 3, 2025
Google

Effi Saharudin

Panggilan telefon kini semakin jarang dilakukan kerana masyarakat moden lebih selesa menghantar teks. Tetapi dalam situasi penting panggilan telefon ialah cara terbaik menghubungi ahli keluarga atau teman. Pada waktu yang sama ada ahli keluarga yang malas mengangkat telefon kerana sibuk. Untuk situasi penting, Android kini memperkenalkan ciri baharu Call Reason.

Android Call Reason

Dengan Call Reason, notifikasi “Urgent” dengan ikon siren akan dipaparkan pada skrin telefon. Dengan notifikasi ini, penerima panggilan telefon akan menyedari panggilan ini adalah penting dan perlu diangkat segera.

Untuk menggunakannya kedua-dua telefon Android perlu menggunakan Google Dialer sebagai aplikasi melakukan panggilan telefon. Kedua-dua nombor telefon pemanggil dan penerima perlu dimasukkan ke dalam Contact. Pemanggil juga perlu menekan butang “Mark call as urgent” semasa melakukan panggilan telefon.

Dengan ciri ini diharapkan panggilan kecemasan atau penting akan diangkat dengan lebih pantas. Call Reason boleh diuji dalam mod beta dengan mengemaskini aplikasi menerusi Play Store hari ini.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link