Malaysia Oversight

Cip Snapdragon 8 Gen 5 Akan Dilancarkan Pada 26 November 2025

By Amanz in November 19, 2025 – Reading time 1 minute
Cip Snapdragon 8 Gen 5 Akan Dilancarkan Pada 26 November 2025


Cip Snapdragon 8 Gen 5 Akan Dilancarkan Pada 26 November 2025

November 19, 2025
Perkakasan

Amy Maizuraa

Kemaskini terbaharu Qualcomm mengesahkan bahawa acara pelancaran cip baharu Snapdragon 8 Gen 5 akan berlangsung di pada 26 November 2025. Sebelum ini, cip tersebut telah diacah sewaktu pelancaran di Hawaii dan kini Qualcomm bersedia memperkenalkan pemprosesan generasi baharunya kepada semua.

Snapdragon 8 Gen 5 1

Berdasarkan penamaannya, cip baharu ini dijangka hadir sebagai berkelas mercu dengan kuasa sedikit dikurangkan berbanding Snapdragon 8 Elite Gen 5. Ia juga berpotensi menjadi pengganti kepada siri 8s yang sebelum ini dilihat agak mengelirukan dari segi kedudukan dalam barisan cip Qualcomm.

Qualcomm Snapdragon 8 Gen 5 A

Qualcomm sebelum ini mengesahkan bahawa Snapdragon 8 Gen 5 akan dibina menggunakan proses 3nm serta hadir dengan teras CPU Oryon. Selain daripada itu, maklumat yang tular turut mendedahkan cip ini akan menggunakan Adreno 840 iaitu GPU berasaskan IP sama seperti versi Elite namun dengan prestasi sedikit lebih rendah.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link