Malaysia Oversight

Cip MediaTek Dimensity 9500 Dilancarkan Dengan Prestasi Lebih Cekap

By Amanz in September 22, 2025 – Reading time 1 minute
Cip MediaTek Dimensity 9500 Dilancarkan Dengan Prestasi Lebih Cekap


Cip MediaTek Dimensity 9500 Dilancarkan Dengan Prestasi Lebih Cekap

September 22, 2025
Perisian

Amy Maizuraa

MediaTek memperkenalkan cip mercu terbaharu Dimensity 9500 yang menawarkan peningkatan ketara dari segi prestasi dan kecekapan berbanding generasi sebelumnya. Ia dibina dengan teknologi 3nm dan menggunakan konfigurasi 1 x Arm C1-Ultra (4.21GHz), 3 x C1-Premium (3.5GHz) dan 4 x C1-Pro (2.7GHz).

MTK 9500 1

Dimensity 9500 menawarkan prestasi puncak yang 55% lebih cekap dan peningkatan 32% untuk prestasi satu teras. Ia menyokong RAM jenis LPDDR5X dan storan UFS 4.1 sesuai untuk peranti berprestasi tinggi. Cip ini juga dilengkapi NPU 990 iaitu pemproses AI paling berkuasa dalam telefon pintar setakat ini.

Dimensity 9500 membolehkan penjanaan imej 4K terus dari peranti tanpa perlu bergantung kepada pemprosesan awan. Ia juga menyokong kamera sehingga 320MP, rakaman video 8K60FPS, kadar segar semula sehingga 180Hz dan paparan tiga lipatan untuk pengalaman paparan yang lebih lancar.

MediaTek Dimensity 9500 AI Mobile Devices 1

Cip ini menggunakan GPU Arm Mali-G1 Ultra MC12 dengan peningkatan prestasi sehingga 33%. Ia juga merupakan cip pertama yang menyokong permua pada kadar 120FPS dengan ray tracing dan boleh menaik taraf permainan 60FPS kepada 120FPS. Kecekapan multi tugas turut dipertingkatkan sebanyak 30% terutamanya semasa bermain permua.

Peranti pertama dengan cip Dimensity 9500 dijangka tiba pada suku keempat tahun 2025. Oppo dan Vivo bakal menjadi antara jenama terawal yang menggunakannya dalam peranti mercu mereka.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link