Malaysia Oversight

Cip 14nm Kembali Dengan Intel Core i5-110

By Amanz in September 12, 2025 – Reading time 1 minute
Cip 14nm Kembali Dengan Intel Core i5-110


Cip 14nm Kembali Dengan Intel Core i5-110

September 12, 2025
Intel

Nazrin

Cip pemprosesan Intel akan datang, iaitu Intel Panther Lake dan Nova Lake akan dibangunkan menggunbakan proses 18A dan 14A (1.8nm, 1.4nm) terkini dan paling maju mereka, yang dilihat akan menjadi satu titik permulaan baru dari segi pengembalian syarikat tersebut sebagai sebuah pengeluar cip semikonduktor gergasi.

Tetapi dalam satu langkah yang dilihat sangat aneh, mereka telah memperkenalkan sebuah cip pemprosesan baru, Intel Core i5-110 yang merupakan penjenamaan daripada model cip lama, Intel Core i5-10400 yang dibina menggunakan proses 14nm.

image 39

Cip pemprosesan ini hadir dengan enam teras dan 12 bebenang kuasa dan kelajuan asas 2.9GHz dengan kelajuan Turbo Boost 4.3GHz. Cip pemprosesan ini dilancarkan baru-baru ini, dan menurut Intel, adalah untuk digunakan pada komputer-komputer dengan tanda harga sekitar $200.

Ia juga menyokong penggunaan memori DDR4-2666 setinggi 128GB dalam konfigurasi peranti seperti komputer dan tablet, mungkin untuk syarikat-syarikat

Pengenalan model cip pemprosesan ini menggunakan teknologi CPU yang sudahpun dijangka pupus adalah sesuatu yang agak mengelirukan, khususnya apabila siri cip pemprosesan Intel generasi ke-10 Comet Lake dan ke-11 Rocket Lake kelas desktop sudahpun ditamatkan pengeluarannya.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link