Malaysia Oversight

Christopher Raj terima Darjah Indera Mahkota Pahang

By Utusan in July 27, 2025 – Reading time 2 minute
Christopher Raj terima Darjah Indera Mahkota Pahang


PETALING JAYA: Mantan Pengerusi Jawatankuasa Media Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Christopher Raj dikurniakan pingat Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia-Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang membawa gelaran Dato’ sempena Ulangtahun Hari Keputeraan yang ke-66 Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni AlMarhum Sultan Haji Ahmad Shah, hari ini.

Penganugerahan tersebut sebagai menghargai sumbangan cemerlang beliau dalam bidang media, komunikasi strategik, pengurusan acara serta pentadbiran sukan, bukan sahaja di peringkat nasional tetapi juga antarabangsa.

Christopher memainkan peranan penting dalam memartabatkan profesion komunikasi sukan menerusi agensinya, ShekhinahPR, yang kini dikenali di peringkat global hasil pencapaian dan pengiktirafan antarabangsa.

Kecemerlangan beliau turut melayakkan Christopher memegang peranan penting bersama FIFA dan AFC sebagai Konsultan Media sekali gus mewakili Malaysia di pelbagai perlawanan antarabangsa.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Media di Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia dan sekali lagi dipilih untuk edisi 2022 di Qatar dengan terus diberi tanggungjawab utama sehingga ke perlawanan final.

Beliau juga memegang peranan signifikan di Piala Dunia FIFA B-17 India 2017, perlawanan akhir Piala Dunia FIFA B-17 Indonesia 2023, serta perlawanan akhir Piala Asia 2023 di Qatar.

Sejak tahun 2019, Christopher turut menjadi Ahli Jawatankuasa Media AFC, jawatan yang disandangnya sehingga Jun 2025.

Peranan dan tanggungjawab ini membuktikan versatiliti dan kepakaran beliau dalam menguruskan operasi media yang kompleks merentasi pelbagai persekitaran dan kejohanan berprestij di seluruh dunia.

Portfolio hebat Christopher turut merangkumi pengurusan operasi media di Piala Asia Qatar 2023, Piala Asia Australia 2015, Piala Asia UAE 2019, Piala Emas Concacaf Amerika Syarikat 2019, serta beberapa edisi Liga Juara-Juara AFC (2021, 2022, 2023, dan 2024).-UTUSAN





Source link

affiliate

Mana satu boleh bantu anda capai kejayaan lebih besar?

DALAM dunia dagangan moden, program affiliate semakin menjadi pilihan ramai kerana ia membuka peluang menjana pendapatan melalui rujukan klien baharu. Di Malaysia, semakin ramai individu dan agensi pemasaran digital menjadikan program ini sebagai sumber pendapatan tambahan yang konsisten.  Namun, dengan begitu banyak platform affiliate di pasaran, timbul persoalan — platform manakah yang benar-benar boleh membantu anda mencapai kejayaan jangka panjang?  Jom terokai perbandingan lima platform affiliate dagangan yang paling banyak dibincangkan oleh para affiliate profesional — XM, Octa, JustMarkets, HFM, dan MTrading.   Ringkasan Perbandingan Platform Affiliate Dagangan   1. XM XM Partners sering dianggap sebagai antara program affiliate paling kukuh…
Emma mahu lunas dendam di final

Emma mahu lunas dendam di final

PETALING JAYA: Jaguh boling padang negara, Emma Firyana Saroji bertekad menjadikan pentas akhir acara perseorangan wanita Kejohanan Piala Dunia Boling…
CEO GISBH, anak pengasas Al-Arqam keluar penjara disambut keluarga

CEO GISBH, anak pengasas Al-Arqam keluar penjara disambut keluarga

KAJANG: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd. Ali dan anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib…
Kempen Beli Barangan Malaysia diperluas ke platform e-dagang

Kempen Beli Barangan Malaysia diperluas ke platform e-dagang

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menggiatkan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) melalui kerjasama dengan…
Pang Ron-Su Yin kembali cari ‘rentak juara’ di Jepun

Pang Ron-Su Yin kembali cari ‘rentak juara’ di Jepun

KUALA LUMPUR: Selepas berehat hampir dua bulan akibat kecederaan, beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin kembali ke gelanggang…