Malaysia Oversight

China Menyiasat Pembelian Manus Oleh Meta

By Amanz in January 7, 2026 – Reading time 1 minute
Meta Mengambil Alih Syarikat Ejen AI Manus


Menyiasat Pembelian Manus Oleh Meta

January 7, 2026
Kecerdasan Buatan
Meta

Effi Saharudin

Minggu lalu syarikat ejen AI Manus telah diambil alih oleh Meta dengan ia dilaporkan bernilai sekitar $2 bilion. Pembelian dilihat sebagai usaha Meta mencari jalan pintar menawarkan ejen AI serta menjana pendapatan daripada pelanggan perniagaan. Menurut Reuters, pihak berkuasa telah memulakan siasatan ke atas pembelian ini.

Manus Meta

Walaupun kini berpangkalan di Singapura, pada asalnya Manus ditubuhkan di dengan pejabat terletak di Wuhan serta Beijing. Siasatan dilakukan bagi memastikan pembelian adalah sah kerana undang-undang China tidak membenarkan model AI ciptaan syarikat tempatan dijual dan kakitangan dipindahkan keluar daripada negara lain tanpa kebenaran .

Ini adalah sebab mengapa penjualan perniagaan TikTok di Amerika Syarikat mengambil masa yang lama dengan aplikasi akan menggunakan algoritma berbeza di negara tersebut. Algoritma baharu untuk TikTok Amerika akan menggunakan selera serta data pengguna negara tersebut. Wujud dakwaan algoritma sebelum ini adalah anti semetik kerana memaparkan genosid di Palestin.

Selepas diambil alih, Manus tidak lagi menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan dari China. Tiada sebab diberikan tetapi ini pastinya mengundang perhatian pihak berkuasa.



Source link