Malaysia Oversight

China Menggunakan Robot Humanoid Untuk Mengawal Sempadan Dengan Vietnam

By Amanz in December 2, 2025 – Reading time 1 minute
China Menggunakan Robot Humanoid Untuk Mengawal Sempadan Dengan Vietnam


Menggunakan Robot Humanoid Untuk Mengawal Sempadan Dengan Vietnam

December 2, 2025
Robot

Effi Saharudin

ialah kuasa besar dalam dunia robotik. Tahun lalu memasang 9 kali ganda lebih banyak robot berbanding Amerika Syarikat dengan lebih separuh robot perindustrian yang dipasang pada tahun 2024 juga adalah di negara tersebut. Terkini, China mengumumkan mereka akan mula menggunakan robot humanoid bagi mengawal sempadan dengan Vietnam.

Syarikat UBTech Robotics menerima kontrak RMB 264 juta (~RM 154 juta) untuk membekalkan robot humanoid di Guangxi yang bersempadan dengan Vietnam. Robot Walker S2 keluaran UBTech ini mempunyai ciri unik boleh beroperasi dan menukar bateri dengan sendiri tanpa memerlukan bantuan manusia. Ini ialah model robot humanoid pertama dunia yang boleh menukar sendiri bateri bagi membolehkan ia bekerja secara berterusan.

UBTech Walker S2 robot bateri
Walker S2 menukar sendiri bateri

Robot akan memulakan operasi bulan ini dengan ia juga boleh membantu membimbing pelancong, mengurus aliran kakitangan, membantu tugas rondaan, mengendalikan tugas logistik dan menyokong perkhidmatan komersial. Pada asalnya Walker S2 yang setinggi 1.76 meter direka untuk digunakan di dalam kilang dengan ia boleh mengangkat kargo sehingga 30 kg dan berjalan pada kelajuan 7.2 km/j.

Ini setahu kami adalah kali pertama robot humanoid digunakan untuk melakukan kawalan di sempadan. Sebelum ini Amerika Syarikat menguji robot berbentuk anjing untuk tujuan yang sama, Thailand menggunakan robot humanoid ketika perayaan Songkran dan Israel menggunakan UGV untuk rondaan di lapangan terbang.

SCMP

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link