Malaysia Oversight

China Melengkapkan Pembinaan Pusat Data Dasar Laut Yang Lebih Mesra Alam Sekitar

By Amanz in October 29, 2025 – Reading time 1 minute
China Melengkapkan Pembinaan Pusat Data Dasar Laut Yang Lebih Mesra Alam Sekitar


Melengkapkan Pembinaan Pusat Data Dasar Laut Yang Lebih Mesra Alam Sekitar

October 29, 2025
Perkakasan

Effi Saharudin

Dua tahun lalu kami laporkan kejayaan menguji pusat data dasar laut (UDC) dengan harapan ia akan mengurangkan penggunaan kawasan tanah yang berharga dan menyelesaikan masalah sistem penyejukan menggunakan air yang banyak. Minggu ini, fasa pertama pembinaan UDC yang terletak di Shanghai ini berjaya dilengkapkan oleh Shanghai Hailanyun Technology.

Pusat Data Dasara Laut Shanghai Hailanyun Technology A

Ia menelan belanja RMB 1.6 bilion (~RM 945 juta) dan menggunakan kuasa elektrik dijana kincir udara 24MW dengan sistem penyejukan hanya memerlukan air laut. Pada pusat data konvensional, sistem penyejukan menyumbang kepada 50% kos operasi. Pada UDC, ia dikurangkan ke sekitar 10% sahaja.

Pusat Data Dasara Laut Shanghai Hailanyun Technology B

Pembina UDC ialah usaha menjadikan Shanghai sebagai sebuah bandaraya pintar dengan pelbagai sistem kecerdasan pintar. Fasa pertama ini adalah langkah pertama untuk membina UDC dengan kuasa memproses 200 exaFLOPS. Ia turut menyambut seruan yang ingin mengurangkan penggunaan kuasa elektrik dan bekalan air di pusat data dalam masa terdekat.

Macao News

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link