Malaysia Oversight

China Haramkan Pemegang Pintu Kereta Boleh Disorok Bermula 2027

By Amanz in December 29, 2025 – Reading time 1 minute
China Haramkan Pemegang Pintu Kereta Boleh Disorok  Bermula 2027


Haramkan Pemegang Pintu Kereta Boleh Disorok Bermula 2027

December 29, 2025
Automotif

Effi Saharudin

Kenderaan model khususnya EV dilengkapi pintu automatik yang menggunakan kuasa elektrik dengan ia boleh dibuka menggunakan butang. Tetapi pihak Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat akan mengharamkan penggunaan pintu kereta yang boleh disorok bermula 1 Januari 2027. Pada waktu yang sama setiap kenderaan dengan berat bawah 3.5 ton perlu mempunyai pembuka pintu kecemasan mekanikal di dalam dan luar bermula pada tarikh yang sama.

Pintu Kereta Tersorok Retractable Car Door Handle

Draf baharu yang dikeluarkan pada 16 Disember adalah kesinambungan kepada notis yang diterbitkan Oktober lalu oleh kementerian yang sama bagi mengumpul maklum balas daripada pihak pengeluar di .

Dalam kemalangan melibatkan EV, kuasa elektrik terputus dan menyebabkan penumpang terperangkap di dalam kenderaan. Sistem mekanikal kecemasan yang disertakan adalah tersorok dan sudah berlaku beberapa kes penumpang mati terbakar.

Pintu elektrik dengan pemegang tersorok juga tidak membenarkan orang di luar membuka pintu untuk menyelamatkan mangsa. Di Amerika Syarikat, Tesla sudah disaman kerana mendakwa pintu Cybertruck tidak boleh dibuka selepas kemalangan menyebabkan penumpang mati terbakar. .

China ialah pasaran EV terbesar dunia pada ketika arahan akan membawa perubahan besar pada rekaan kenderaan dalam masa terdekat. Untuk terus dipasarkan di China, pengeluar lain seperti Tesla dan Hyundai perlu akur dengan keperluan pihak berkuasa tempatan.



Source link