Malaysia Oversight

ChatGPT Mula Integrasi Ciri Edagang – Boleh Beli Terus Melalui ChatGPT

By Amanz in September 30, 2025 – Reading time 1 minute
ChatGPT Mula Integrasi Ciri Edagang – Boleh Beli Terus Melalui ChatGPT


ChatGPT Mula Integrasi Ciri Edagang – Boleh Beli Terus Melalui ChatGPT

September 30, 2025
Kecerdasan Buatan

Aman

OpenAI hari ini mengumumkan sebuah ciri baharu yang dinamakan sebagai Instant Checkout. Melaluinya, ia menawarkan kebolehan untuk melakukan carian terus melalui ChatGPT, dan seterusnya melakukan pembelian tanpa perlu meninggalkan perkhidmatan chatbot berkenaan. Ciri ini ditawarkan untuk pengguna Amerika Syarikat buat masa ini.

Untuk tujuan ini, OpenAI menggunakan sebuah teknologi yang dinamakan sebagai Agentic Commerce Protocol, yang dibangunkan bersama penyedia perkhidmatan pembayaran Stripe. Pada hari ini, ia menyokong sejumlah produk daripada Etsy, dan bergerak kehadapan produk-produk Shopify turut akan diintegrasikan pada platform tersebut melalui Instant Checkout.

ChatGPT Beli

Pada hari ini, ramai sedia menggunakan ChatGPT dalam mendapatkan maklumat atau cadangan berkaitan sesuatu produk. Dengan integrasi ini, pengguna boleh melakukan carian dan membeli terus menggunakannya. OpenAI mengatakan produk akan disenaraikan seperti biasa, dan integrasi Instant Checkout pada produk tidak akan memberikan kesan pada sebarang susunan paparan hasil carian.

OpenAI akan menjana pendapatan melalui produk yang terjual melalui Instant Checkout ini. Bersama pengenalan ini, Agentic Commerce Protocol turut ditawarkan dalam bentuk sumber terbuka, membolehkan platform lain mengintegrasikannya. Pengenalan ini juga sekaligus membuka kaedah baharu yang akan mengubah lanskap edagang, yang kini lebih didominasi melalui penggunaan laman edagang atau jualan langsung.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link