Malaysia Oversight

ChatGPT Mula Guna Matawang Tempatan Untuk Caj Langganan – ChatGPT Plus Berharga RM99.90 Sebulan

By Amanz in October 9, 2025 – Reading time 1 minute
ChatGPT Mula Guna Matawang Tempatan Untuk Caj Langganan – ChatGPT Plus Berharga RM99.90 Sebulan


ChatGPT Mula Guna Matawang Tempatan Untuk Caj Langganan – ChatGPT Plus Berharga RM99.90 Sebulan

October 9, 2025
Kecerdasan Buatan

Aman

Selari dengan pengenalan ChatGPT Go di Malaysia, pihak OpenAI turut mengemaskini penawaran, membolehkan pengguna tempatan melanggan menggunakan caj matawang tempatan. Ini sekaligus membolehkan pengguna tempatan melakukan bayaran pada harga sama walaupun berlaku pertukaran pada kadar tukaran matawang Malaysia ke luar negara.

Melalui kemaskini ini, ia membuatkan ChatGPT Plus ditawarkan pada harga langganan RM99.90 sebulan. Bagi kebanyakkan pengguna yang sedia melanggan ChatGPT Plus dengan harga $20 sebulan, ini boleh dikatakan sebagai peningkatan harga. Mengikut kadar tukaran semasa, $20 adalah sekitar RM84, membuatkan pengguna tempatan perlu membayar tambahan RM15 untuk langganan ChatGPT Plus menggunakan matawang Ringgit Malaysia.

ChatGPT Plus Malaysia

Selain ChatGPT Plus, versi ChatGPT Pro yang berharga $200 sebelum ini pula kini disenaraikan pada harga RM999.90 sebulan menggunakan matawang tempatan. Sementara ChatGPT Go yang baru diperkenalkan ditawarkan pada harga RM38.99 atau $4 mengikut harga antarabangsa yang membawa kepada RM16 mengikut kadar tukaran matawang semasa, memperlihatkan harganya sekali ganda lebih tinggi.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link