Malaysia Oversight

ChatGPT Kini Boleh Meneka Umur Pengguna Bawah Umur Bagi Tujuan Keselamatan

By Amanz in January 21, 2026 – Reading time 1 minute
OpenAI Menangguh Ciri Pengiklanan dan Ejen Dalam ChatGPT Kerana Ancaman Gemini


ChatGPT Kini Boleh Meneka Umur Pengguna Bawah Umur Bagi Tujuan Keselamatan

January 21, 2026
Kecerdasan Buatan

Effi Saharudin

ChatGPT diakses ratusan juta pengguna setiap bulan dan golongan pelajar menjadikannya alat untuk mengelat menulis karangan sekolah. Tetapi wujud isu lebih serius ChatGPT digunakan untuk melakukan perbualan tidak sesuai dengan umur mereka sehingga menyebabkan OpenAI disaman. Hari ini OpenAI mengumumkan ChatGPT akan meneka umur pengguna di negara Kesatuan Eropah (EU) bagi tujuan keselamatan.

ChatGPT

Apabila ChatGPT merasakan pengguna adalah bawah umur 18 tahun, ia akan mengaktifkan tetapan keselamatan tambahan. Dengan ini akses kepada kandungan sensitif dan jenis interaksi tertentu dapat dihadkan.

Antara yang akan ditapis ialah kandungan berunsur ganas, cabaran tular yang boleh mendorong tingkah laku berisiko atau berbahaya, kandungan berbentuk seksual, kandungan yang menggalakkan standard kecantikan yang ekstrem, diet tidak sihat atau penghinaan tubuh badan.

ChatGPT akan meramal umur sebenar pengguna berdasarkan topik umum yang dibincangkan dan waktu ChatGPT digunakan. Jika anda pengguna dewasa tetapi dikesan sebagai bawah umur, pengesahan umur sebenar perlu dilakukan menerusi ciri Persona yang memerlukan kad pengenalan yang dikeluarkan dimuat naik.



Source link