Malaysia Oversight

CEO Zoom Menyasarkan AI Boleh Bantu Pendekkan Hari Bekerja

By Amanz in October 29, 2025 – Reading time 1 minute
CEO Zoom Menyasarkan AI Boleh Bantu Pendekkan Hari Bekerja



Manusia

CEO Zoom Menyasarkan AI Boleh Bantu Pendekkan Hari Bekerja

October 29, 2025
Web 2.0

Aman

Sejak pandemik Covid-19, selain pelbagai syarikat implementasi kaedah bekerja dari rumah, terdapat juga beberapa syarikat yang turut bereksperimen dengan 4 hari bekerja dan tiga hari cuti. Namun, ia tidak diimplementasi secara menyeluruh atau dilaksanakan oleh pelbagai syarikat.

Terbaru, pengasas dan juga CEO Zoom berkongsi yang penggunaan pembantu berasaskan kecerdasan buatan dalam tugasan harian akan membolehkan syarikat pendekkan hari bekerja.

Zoom sendiri kebelakangan ini memfokuskan kepada pelaburan dalam era kecerdasan buatan ini, termasuk membolehkan pengguna menjana avatar dan membuatkan ia bercakap bagi pihak anda dalam panggilan video.

Tidak setakat itu, dengan adanya pembantu AI, ia disasarkan yang mana pembantu berkenaan boleh melakukan pelbagai semakan emel, membantu dalam respon, serta melakukan tugasan melibatkan dokumen.

Dengan menggunakannya secara tepat, CEO Zoom menyasarkan syarikat kelak mungkin boleh implementasi 4 hari bekerja, atau mungkin juga 3 hari bekerja seminggu.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link