Malaysia Oversight

CelcomDIgi Memperkenalkan Aplikasi Baru Untuk Menggantikan Celcom Life Dan MyDigi

By Amanz in October 7, 2025 – Reading time 1 minute
CelcomDIgi Memperkenalkan Aplikasi Baru Untuk Menggantikan Celcom Life Dan MyDigi


CelcomDIgi Memperkenalkan Aplikasi Baru Untuk Menggantikan Celcom Life Dan MyDigi

October 7, 2025
Telekomunikasi

Nazrin

CelcomDigi, syarikat telekomunikasi terkemuka tempatan hari ini telah melancarkan aplikasi baru untuk menggantikan aplikasi pengguna sedia-ada, Celcom Life dan MyDigi.

Aplikasi terbaru ini, yang hadir dengan nama CelcomDigi sudah sedia digunakan untuk para pelanggan perkhidmatan telekomunikasi tersebut yang mana mereka boleh gunakan untuk mendaftar nombor baru, membayar bil telefon bulanan, membeli peranti pintar baru ataupun melanggan perkhidmatan penstriman kegemaran dari satu lokasi sahaja.

image 18

Pemangku CEO CelcomDigi, Albern Murthy mengatakan bahawa sejak kedua-dua syarikat Celcom dan Digi telah bergabung, mereka juga telah sedia membangunkan aplikasi baru ini dengan tenaga kerja dalaman. Ia dibina berdasarkan input daripada 10 juta pelanggan, yang kini telah meningkat kepada lebih 20 juta pelanggan dan 100 ribu penguji beta apabila dibangunkan, dan hasilnya ialah apa yang dapat dilihat pada hari ini.

image 19

Bersama-sama dengan pelancaran aplikasi ini, semua pelanggan CelcomDigi yang memuat-turun aplikasi ini akan menerima promosi menarik, seperti pembelian data 100GB untuk satu hari pada harga RM1, diskaun untuk langganan Disney+ Hotstar dan Viu dan juga perkhidmatan perantauan percuma selama 12 bulan.

image 20

Aplikasi CelcomDigi ini sudah boleh mula dimuat-turun melalui gedung aplikasi Google Play Store dan juga Apple App Store. Pihak CelcomDigi juga mengesahkan bahawa sebuah aplikasi sedang dibangunkan untuk platform Huawei App Gallery, dan pelancarannya akan tiba kelak.

Dalam pada itu, aplikasi Celcom Life dan MyDigi akan ditamatkan perkhidmatannya menjelang 31 Disember 2025.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link