Malaysia Oversight

‘Cari Pasar Malam’ – Mudahkan Carian Lokasi Pasar Malam Berdekatan

By Amanz in October 23, 2025 – Reading time 2 minute
‘Cari Pasar Malam’ – Mudahkan Carian Lokasi Pasar Malam Berdekatan


‘Cari Pasar Malam’ – Mudahkan Carian Lokasi Pasar Malam Berdekatan

October 23, 2025
Web 2.0

Amy Maizuraa

Bagi sesetengah individu, mengunjungi pasar malam merupakan rutin mingguan yang dinanti-nantikan. Namun antara cabaran yang sering dihadapi ialah kesukaran mendapatkan maklumat berkenaan lokasi dan waktu operasi. Akibatnya, ramai yang hadir ke lokasi tanpa kepastian lalu menyebabkan pembaziran masa, tenaga dan wang.

%E2%80%98Cari Pasar Malam 0001

Situasi ini mungkin berubah selepas kami menemui sebuah laman web baharu bernama Cari Pasar Malam. Laman ini dikongsi melalui satu hantaran di LinkedIn dan direka khas untuk membantu orang ramai mencari lokasi pasar malam berdekatan dengan lebih mudah.

Laman ini menyenaraikan lebih 120 lokasi pasar malam yang beroperasi setiap hari di 13 negeri seluruh Malaysia. Antaramuka dilihat ringkas dan mesra pengguna yang membolehkan pelawat mencari lokasi mengikut kawasan dan hari operasi dengan mudah dan teratur.

%E2%80%98Cari Pasar Malam 002

Cubaan kami mendapati bahawa setakat ini, lokasi yang disenaraikan dalam laman web tersebut lebih tertumpu di sekitar Kuala Lumpur khususnya kawasan Lembah Klang. Kemungkinan besar negeri-negeri lain masih dalam proses penambahan maklumat.

Selain nama tapak pasar, laman ini turut memaparkan butiran-butiran seperti lokasi, hari dan waktu operasi, status semasa, jumlah gerai, keluasan tapak, kemudahan yang disediakan seperti tempat letak kereta dan tandas, pautan arah melalui Google Maps serta beberapa maklumat tambahan lain.

%E2%80%98Cari Pasar Malam 005

Dalam masa yang sama, kami turut mengenal pasti beberapa lokasi yang disenaraikan tetapi sebenarnya tidak lagi beroperasi. Perkara ini berkemungkinan akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Menariknya lagi, laman ini bukan sahaja tertumpu kepada pasar malam malah turut merangkumi pasar pagi.

nightmarkets ios
Night Market Malaysia

Penemuan ini turut mengingatkan kami tentang aplikasi ‘Night Market Malaysia’ yang pernah dilaporkan pada tahun 2012. Inisiatif seperti ini menunjukkan usaha berterusan dalam menyediakan kemudahan kepada pengguna serta menyokong aktiviti perniagaan tempatan. Diharapkan pembangun laman ini akan terus menambah baik kandungan dan memastikan maklumat disediakan sentiasa terkini serta relevan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link