Malaysia Oversight

Campur aduk politik dan agama tak diterima di negara kami

By MkiniBM in April 26, 2025 – Reading time 1 minute
Campur aduk politik dan agama tak diterima di negara kami


Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, menegaskan bahawa negara itu tidak akan membenarkan campur aduk antara politik dan agama.

“Kami sentiasa mengambil pendirian tegas terhadap perkara ini. Pertama, ia akan memecah-belahkan ruang bersama yang kita kongsi sebagai rakyat Singapura.

“Kedua, jika pilihan raya menjadi pertandingan berdasarkan kepercayaan agama, semua komuniti dalam masyarakat kita akan menerima kesan buruk.

“Ketiga, kuasa luar akan mengambil kesempatan terhadap perpecahan ini untuk memenuhi agenda mereka sendiri. Dan seperti yang kita lihat, cabaran dan ancaman ini memang benar-benar wujud,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

[Berita penuh menyusul]



Source link