Malaysia Oversight

Calon PN: Sucikan diri dulu, persiapkan pelapis

By MkiniBM in September 8, 2025 – Reading time 2 minute
Calon PN: Sucikan diri dulu, persiapkan pelapis


Sehari selepas Yassin dinamakan sebagai calon tunggal Bersatu untuk jawatan perdana menteri, hari ini tampil memberikan ‘nasihat’ kepada parti berkenaan.

Malah nasihat itu datangnya daripada seseorang yang senior dan punya pengalaman lama termasuk sebagai menteri serta ahli politik kanan.

Annuar Musa berkata ketika ini menamakan calon perdana menteri bukanlah suatu keutamaan sebaliknya usaha harus ditumpukan kepada langkah memperkasa parti masing-masing, selain mengukuhkan muafakat yang berwibawa.

Bekas Setiausaha Agung yang kini menjadi orang penting itu menambah, realiti politik ketika ini menunjukkan tiada mana-mana parti boleh mempunyai kekuatan tunggal untuk membentuk , sebaliknya perlukan kerjasama dengan pihak lain.

“Justeru tinggalkan dulu agenda mencadangkan siapa bakal perdana menteri.

“Berikan tugas itu kepada badan gabungan dan muafakat, apabila tiba masanya, dan tidak harus di buat secara unilateral. Harus ada syura rentas parti,” katanya.

Annuar yang juga Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat menambah, kuasa melantik perdana menteri terletak di tangan Yang di-Pertuan Agong selepas yakin seseorang ahli parlimen itu mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Jangan mendahului (kuasa Agong),” katanya lagi.

Usah tumpu dendam kesumat

Semalam pada akhir Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu, parti itu meluluskan usul untuk menamakan Muhyiddin sebagai calon perdana menteri ke-11, selain menyokong penuh kepemimpinan Ahli Parlimen Pagoh berkenaan sebagai presiden.

Ia muncul ketika konflik dalaman parti itu bergelora dan terzahir ketara apabila berlaku kekecohan semasa menyampaikan ucapan dasarnya.

Media juga melaporkan ada usaha mengumpulkan tandatangan dalam kalangan pemimpin peringkat bahagian bagi mendesak melepaskan jawatan dan memberi laluan kepada timbalannya, Hamzah Zainudin.

Di peringkat antara parti pula, pemerhati melihat sesetengah pihak dalam PAS – yang menjadi salah satu kompinen PN – lebih cenderung memberikan dukungan kepada Hamzah berbanding Muhyiddin.

PAS sendiri sudah beberapa kali menghantar isyarat kurang senang dengan tindakan Bersatu berhubung keputusan melibatkan dasar, termasuk menamakan calon perdana menteri.

Annuar berkata rakyat negara ini “mendambakan” seorang tokoh yang mampu membawa harapan baru dan “pimpinan segar” dari PN berbanding apa yang ditawarkan oleh perpaduan.

“Adalah penting bagi parti menyucikan diri terlebih dahulu dengan memperbaiki imej dan dasar serta memulihkan kepercayaan rakyat.

“Persiapkan saf pimpinan dengan barisan pelapis yang berintegriti tinggi serta keupayaan membawa negara ke ufuk yang baru.

“Pilih jalan yang damai. Bangunkan negara penuh berkebajikan untuk rakyat. Jauhi kleptokrat dan pimpinan tidak berintegriti,” katanya.

Selain itu Annuar berkata, seseorang pemimpin yang bersih, baik, bertakwa dan beriman dapat membawa rahmat dan keberkatan kepada negara.

“Usah ditumpu pada dendam kesumat, tapi tumpu pada khidmat dan membela rakyat,” katanya di media sosial.



Source link