Malaysia Oversight

‘Cah keting’ jangan berulang dalam Umno

By MkiniBM in June 28, 2025 – Reading time 1 minute
'Cah keting' jangan berulang dalam Umno


Setiausaha Agung Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan seluruh ahli dan kepimpinan parti agar terus bersatu dan mengelakkan perpecahan demi memastikan kejayaan dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Beliau berkata kekalahan pada pilihan raya sebelum ini bukan disebabkan kekuatan pihak lawan, sebaliknya berpunca daripada pergeseran dalaman termasuk amalan ‘cah keting’ dalam kalangan ahli sendiri.

“Itu yang kita tidak mahu ulangi pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Bahagian Rantau Panjang di Pasir Mas, hari ini.

Asyraf Wajdi menegaskan bahawa jentera parti perlu diperkukuh dan terus memainkan peranan penting dalam Perpaduan.

Mengulas dakwaan kononnya terdapat desakan agar UMNO keluar daripada Perpaduan dan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), beliau berkata Majlis Tertinggi UMNO setakat ini kekal komited mempertahankan kerjasama dalam Perpaduan.

“Dalam sejarah UMNO, kita jarang menghadapi pilihan raya secara bersendirian kerana kestabilan dan kemakmuran negara lebih mudah dicapai melalui kerjasama politik yang inklusif dan menyeluruh,” katanya.

Bernama



Source link