Malaysia Oversight

Cadangan umur PM bawah 70 tahun cara PAS tolak Muhyiddin, kata AMK

By MkiniBM in September 24, 2025 – Reading time 2 minute
Cadangan umur PM bawah 70 tahun cara PAS tolak Muhyiddin, kata AMK


Cadangan supaya perdana menteri mesti berusia bawah 70 tahun adalah isyarat politik halus menolak pencalonan Presiden Bersatu, Yassin, kata Pemuda (AMK).

Ketuanya, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, walaupun tidak menyebut sebarang nama secara langsung, namun, kenyataan tersebut jelas menyentuh faktor usia bekas perdana menteri itu yang kini sudah mencecah 70 tahun.

“Cadangan ini datang di tengah-tengah polemik menentukan calon Perdana Menteri Perikatan Nasional (PN). Jadi saya nampak ia lebih bersifat tidak bersetuju dengan .

“Bahasa mudahnya, mereka tidak mahu , cuma tidak sebut secara terang, sebaliknya guna alasan umur,” katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian selepas satu majlis di Ipoh, hari ini.

Pada muktamar Tahunan Pusat kali ke-71 yang diadakan di Alor Setar, Kedah, baru-baru ini, presiden parti itu, Abdul Hadi Awang berkata pemimpin berumur atas 70 tahun tidak sepatutnya menjadi perdana menteri.

Dia juga menyatakan kesediaan PAS untuk mengambil alih kepimpinan negara.

Bagaimanapun, Hadi kemudian menegaskan kenyataannya merujuk kepada dirinya sendiri, bukan pihak lain.

Sebelum ini, pada perhimpunan agung tahunan Bersatu awal bulan ini, parti itu sebulat suara menamakan Muhyiddin sebagai calon perdana menteri ke-11.

Muhyiddin yang kini berusia 78 tahun sebelum ini pernah dilaporkan menghidap kanser pankreas.

Bekas perdana menteri itu dilapor pulih sepenuhnya daripada penyakit itu, namun ada khabar angin mengatakan Ahli Parlimen Pagoh itu menghadapi masalah kesihatan sejak itu.

Mengulas lanjut, Muhammad Kamil menjelaskan, syarat utama seseorang pemimpin bukan semata-mata usia.

Sebaliknya, menurut setiausaha politik menteri kewangan itu, adalah kemampuan untuk bekerja, kecerdasan, kesihatan tubuh badan dan kefahaman terhadap kehendak rakyat.



Source link