GEORGE TOWN: Pandangan daripada ibu bapa agar Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dinaikkan kepada RM200 berbanding RM150 pada masa ini boleh diambil pertimbangan oleh pihak kerajaan pada masa depan. Bagaimanapun, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata, jumlah RM150 yang diberikan ketika ini masih dianggap munasabah dan rasional selaras dengan kos barangan persekolahan semasa. Katanya, bantuan berkenaan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan…






