Malaysia Oversight

‘Cadangan had tempoh jawatan PM satu langkah berani’

By MkiniBM in January 6, 2026 – Reading time 1 minute
‘Cadangan had tempoh jawatan PM satu langkah berani’


Cadangan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun atau dua penggal adalah langkah berani dan bertanggungjawab ke arah membentuk budaya politik baharu yang telus, progresif serta demokratik demi kemajuan Malaysia.

Ketua Penerangan Wanita Datuk Ginie Lim berkata ini menunjukkan tekad politik Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim dalam menyegerakan pelaksanaan janji reformasi, setelah puluhan tahun berjuang di medan pembangkang, selain membuktikan kesungguhan beliau melakukan perubahan semasa memegang kuasa dan bukan selepas kehilangan kuasa.

“Dalam tempoh tiga tahun kepimpinan , Perpaduan berjaya mengekalkan kestabilan politik, memacu pertumbuhan ekonomi dan menjaga kebajikan rakyat.

“Wanita yakin, dengan pelaksanaan reformasi institusi yang berterusan, rakyat akan terus menikmati manfaat daripada kekayaan negara yang semakin meningkat,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kepimpinan juga wajar terus disokong bagi penggal seterusnya bagi memastikan agenda reformasi institusi dapat dilaksanakan secara menyeluruh sekali gus membersihkan negara daripada kebejatan dan budaya rasuah demi kebajikan rakyat serta masa depan Malaysia yang lebih cemerlang.

“Sehubungan itu, Wanita menyatakan sokongan penuh kepada usaha Perdana Menteri untuk terus memimpin dan memperkukuh jentera agar lebih mantap, berkesan dan berintegriti dalam melaksanakan dasar fiskal serta ekonomi di bawah Kerangka Ekonomi Madani,” katanya.

– Bernama



Source link