Malaysia Oversight

ByteDance Sasar Pendapatan Tahunan Untuk Tahun 2025 Ini Setara Meta

By Amanz in May 18, 2025 – Reading time 1 minute


Niaga

ByteDance Sasar Pendapatan Tahunan Untuk Tahun 2025 Ini Setara Meta

May 17, 2025

Aman

ByteDance kini menyasarkan pendapatan tahunan untuk 2025 ini meningkat sebanyak 20%, sekaligus memperlihatkan pendapatan setara Meta.

Untuk 2025 ini, ByteDance menyasarkan pendapatan tahunan sebanyak $186 bilion, sementara Meta pula menyasarkan pendapatan sebanyak $187 bilion. Untuk makluman, sebelum ini, pada 2024, ByteDance menjana pendapatan sebanyak $155 bilion, sementara Meta pula menjana sebanyak $164 bilion.

Walaupun menghadapi pelbagai masalah dan tekanan oleh Amerika Syarikat, ByteDance melihat TikTok akan terus menjana pendapatan global yang lebih tinggi pada tahun ini. Disamping itu, ByteDance turut mempunyai sejumlah aplikasi lain dibawah mereka.

Pada masa yang sama, ByteDance kini turut mempunyai lebih 4 bilion pengguna aktif setiap bulan rentas aplikasi dibawah mereka. Angka ini juga adalah selari dengan angka Meta yang turut mempunyai lebih kurang sama.

Antara penawaran ByteDance yang turut popular di Malaysia adalah seperti CapCut, Lark, Pico dan turut mempunyai beberapa permainan dibawah mereka, termasuk Mobile Legends Bang Bang.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link