Malaysia Oversight

BYD Seal Baharu Hadir Dengan Dua Versi Dijual Pada Harga Bermula RM171,800

By Amanz in August 22, 2025 – Reading time 2 minute
BYD Seal Baharu Hadir Dengan Dua Versi Dijual Pada Harga Bermula RM171,800


BYD Seal Baharu Hadir Dengan Dua Versi Dijual Pada Harga Bermula RM171,800

August 22, 2025
Automotif

Amir Zaki

Setelah memperkenalkan BYD SEAL dengan variasi jenis Dynamic, Premium dan juga Performance. Pada hari ini, BYD telah memperkenalkan model baharu mereka iaitu The New BYD SEAL dengan penambahbaikan dari segi reka bentuk, keselesaan dan juga teknologi.

byd seal 2025 baharu performance premium IMG 4092

The New BYD SEAL hadir dengan dua versi iaitu Performance dan juga Premium. Versi Premium dilengkapi dengan motor kuasa pada 230kW dan 360Nm tork yang memberikan pecutan 0-100km/j sepantas 5.9 saat manakala untuk versi Performance hadir dengan motor kuasa 390kW dan 670Nm tork yang memberikan pecutan 0-100km/j sepantas 3.8 saat. 

byd seal 2025 baharu performance premium IMG 4095

Masing-masing dilengkapi dengan kapasiti bateri ‘Blade’ yang sama iaitu pada 82.56kWh. Dari segi jarak perjalanan pula versi Premium adalah pada 650km mengikut piawaian NEDC dan versi Performance yang memberikan jarak perjalanan sehingga 580km mengikut piawaian NEDC. Kedua-dua versi BYD Seal baharu ini mempunyai pengecasan AC 7kW  dan pengecasan pantas DC 150 kW.

byd seal 2025 baharu performance premium IMG 4094

Selain itu, BYD Seal baharu versi Performance dilengkapi dengan DiSus-C Intelligent Damping Body Control System yang seringkali digunakan pada kenderaan mewah untuk pengendalian yang lebih selamat dan cekap. Manakala untuk versi Premium pula menyediakan penyerap hentakan Frequency Selective Damping (FSD) untuk kawalan yang lebih selesa dan seimbang. 

byd seal 2025 baharu performance premium IMG 4096

The New BYD SEAL menawarkan 4 pilihan warna iaitu Aurora White, Atlantis Grey, Cosmos Black dan warna baharu Shark Grey yang dijual pada harga RM171,800 untuk versi Premium dan RM191,800 untuk versi Performance. Dengan pelancaran ini juga, seramai 300 pelanggan pertama The New BYD SEAL akan menikmati pakej promosi bernilai sehingga RM10,888 termasuk pengecas dinding percuma, pakej servis dan rebat pelancaran istimewa. 

byd seal 2025 baharu performance premium IMG 4090

Turut ditawarkan bersama adalah jaminan kenderaan selama 6 tahun atau jarak pada 150,000 KM, jaminan motor elektrik selama 8 tahun atau jarak pada 150,000 KM dan jaminan bateri selama 8 tahun atau jarak pada 160,000 KM. Kesemua ini tertakluk kepada tahun atau jarak perbatuan yang dicapai terlebih dahulu.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link