Malaysia Oversight

Butiran IQOO 15 Mula Didedahkan – Hadir Dengan Skrin OLED 2K 144Hz

By Amanz in September 24, 2025 – Reading time 1 minute
Butiran IQOO 15 Mula Didedahkan – Hadir Dengan Skrin OLED 2K 144Hz


Butiran IQOO 15 Mula Didedahkan – Hadir Dengan Skrin OLED 2K 144Hz

September 24, 2025
IQOO
Vivo

Amy Maizuraa

IQOO telah mendedahkan beberapa ciri utama untuk telefon mercu terbaharunya IQOO 15 dalam satu acara yang berlangsung di baru-baru ini. Ia dilihat tertumpu kepada teknologi paparan baharu, cip permainan yang dibangunkan sendiri serta peningkatan prestasi keseluruhan.

IQOO Q3 12

iQOO 15 bakal dilengkapi dengan skrin Samsung 2K OLED yang menggunakan bahan M14 terawal di dunia. Paparan ini menawarkan tahap kecerahan lebih tinggi dan kecekapan tenaga yang lebih baik serta menyokong mod perlindungan mata serendah 1 nit. Ia turut menerima pensijilan Dolby Vision dengan kadar segar semula sehingga 144Hz dan kadar pensampelan sentuhan 3200Hz bagi memastikan pengalaman permua yang responsif.

IQOO Q3 4 edited

Cip permainan Q3 yang dibangunkan oleh iQOO turut menjadi tumpuan kerana ia merupakan cip grafik kendiri pertama dalam industri yang menyokong super-resolution, super-frame dan ray tracing. Cip ini dibina menggunakan teknologi kecekapan tenaga rendah daripada TSMC. Ia menawarkan prestasi 60% lebih pantas, kecekapan tenaga 40% lebih baik, cache 50% lebih besar serta keupayaan AI meningkat sehingga 400%.

IQOO Q3 6

Telefon ini akan dilengkapi enjin QNSS yang menyokong ray tracing sepenuhnya bagi pengalaman permua berskala besar yang lebih realistik. iQOO mendakwa prestasinya setanding PC di mana mampu mengekalkan resolusi 2K pada 144FPS selama satu jam dan menyokong peningkatan grafik untuk permainan intensif. Butiran lanjut dijangka diumumkan menjelang pelancaran rasmi pada Oktober.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link